Tahniah & Syabas kepada pensyarah UiTM Cawangan Pahang dalam IIDEX2020

Syabas dan tahniah kepada semua ketua projek dan ahli kumpulan (Pensyarah) UiTM Cawangan Pahang yang telah menyertai Invention, Innovation & Design Exposition (iidex2020) secara maya dengan tema ‘Empowering Innovation for Society’ dan berjaya membawa pingat iaitu 6 pingat Emas, 10 pingat Perak dan 5 pingat Gangsa.
 
Berharap dengan kejayaan yang dicapai ini akan memberi motivasi kepada pensyarah di UiTM Cawangan Pahang untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan aktiviti berkaitan dengan penyelidikan seperti projek inovasi ini di kampus dan akhirnya dapat dikomersialkan dan berkongsi dengan masyarakat, Insyaallah.
 
Terima kasih juga kepada pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pahang yang banyak membantu dan memberi sokongan.
 
untuk maklumat lanjut, sila klik pautan berikut : News_Research