Program Pra Diploma UiTM

This image for Image Layouts addon


Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)

Program Pra-Diploma ini merupakan initiatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma. Setelah tamat menjalani program pra, para pelajar ini akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.

Peluang ini membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
PPT UiTM

Mohd Zahid Laton 
Koordinator Pra Diploma
UiTM Cawangan Pahang
Email : pptjengka@uitm.edu.my
Phone No : 09 - 460 2000

1.
Penubuhan program Pra Diploma adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar.
2.
Calon yang layak memohon: Lepasan SPM tahun semasa & 5 tahun ke belakang - contoh : 2022 (tahun semasa), 2021 2020, 2019, 2018, 2017.
3.
Program yang di tawarkan:-
 
4.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) UiTM.
5.
Kit Promosi Program Pra Diploma.
   
 
TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebar maklumat pegawai tanpa kebenaran