NEWS (RESEARCH)

Syabas & Tahniah !!daripada UiTM Cawangan Pahang

IIDEX2020

Syabas dan tahniah kepada semua ketua projek dan ahli kumpulan (Pensyarah) UiTM Cawangan Pahang yang telah menyertai Invention, Innovation & Design Exposition (iidex2020) secara maya dengan tema ‘Empowering Innovation for Society’ dan berjaya membawa pingat iaitu 6 pingat Emas, 10 pingat Perak dan 5 pingat Gangsa.

Berharap dengan kejayaan yang dicapai ini akan memberi motivasi kepada pensyarah di UiTM Cawangan Pahang untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan aktiviti berkaitan dengan penyelidikan seperti projek inovasi ini di kampus dan akhirnya dapat dikomersialkan dan berkongsi dengan masyarakat, Insyaallah.

Terima kasih juga kepada pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pahang yang banyak membantu dan memberi sokongan.


Ts. Dr. Mohd Syahrul Hisyam bin Mohd Sani
Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI)
UiTM Cawangan Pahang

GERAN LESTARI COVID 19

 
Syabas dan tahniah kepada pensyarah UiTM Cawangan Pahang yang telah berjaya memperolehi geran penyelidikan Lestari Covid19 Tahun 2020 yang diwujudkan bagi kali pertama dan bagi pensyarah yang tidak berjaya jangan putus asa yang penting terus mencuba, InsyaAllah akan beroleh kejayaan selepas ini.

Diharapkan keputusan ini akan meningkatkan motivasi dan semangat pensyarah UiTM Cawangan Pahang dalam menulis proposal, memohon geran dan menyuburkan aktiviti penyelidikan di Kampus UiTM Cawangan Pahang.

Sekian terima kasih

Ts. Dr. Mohd Syahrul Hisyam bin Mohd Sani
Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI)
UiTM Cawangan Pahang