ADMINISTRATION (RAUB)

This image for Image Layouts addon


BAHAGIAN PENTADBIRAN

Bahagian Pentadbiran merupakan antara bahagian terpenting di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pentadbiran dan sumber manusia. Ia telah memulakan operasinya pada 15 November 2015 iaitu pada tarikh UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub diserahkan oleh pihak Konsesi kepada UiTM. 

Bahagian ini menjalankan operasinya mengikut fungsi-fungsi berikut :

i. Pengurusan sumber manusia
ii. Pembangunan sumber manusia
iii. Pentadbiran Am
iv. Pengurusan Kenderaan
  Sazalina Binti Ismail
Penolong Pendaftar 
UiTM Cawangan Pahang
Kampus Raub
E-mail : shaza@uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5212
FaxNo : 09-355 0776
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan
Menjadikan UiTM universiti unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan peraturan dan terma yang berkuatkuasa di UiTM serta memastikan ianya akan terus menjadi budaya kerja kami. Justeru iti kami menjanjikan

  1. Menerima lapor diri staf baharu dan menghantar dokumen lapor diri ke UiTM Shah Alam dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja mulai dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  2. Menguruskan permohonan pertukaran, pengesahan dalam perkhidmatan, perletakan taraf pekerja berpencen dan perletakan jawatan (termasuk persaraan) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja mulai tarikh dokumen lengkap diterima.

  3. Memproses permohonan latihan dalam dan luar negeri dan memajukan dokumen permohonan kepada jawatankuasa pembangunan sumber manusia UiTM Cawangan Pahang dalam tempoh lima (5) hari bekerja mulai dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  4. Memproses dan memberikan kelulusan bagi penggunaan kenderaan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja mulai dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  5. Menguruskan dokumen tuntutan bayaran dan memajukan kepada Pejabat Bendahari dalam tempoh kurang dari tujuh (7) hari bekerja mulai dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  6. Mengemaskini rekod cuti / kelayakan cuti gantian staf ke dalam sistem cuti HR2U dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh kelulusan diterima.

  7. Menyediakan surat jaminan hospital selewat-lewatnya dua (2) hari berkerja dari tarikh permohonan diterima.

  8. Daftar dan edar surat-surat yang dialamatkan kepada bahagian / unit dan staf selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh terimaan.

Direktori

Bahagian Pentadbiran (Raub)

No. Nama & Emel Jawatan No Telefon
1. Sazalina Binti Ismail
E-mel: shaza@uitm.edu.my
Penolong Pendaftar 09 - 351 5212
2. Luqman Asnawi Bin Hassan Bukri 
E-mel : @uitm.edu.my
Pegawai Eksekutif 09 - 351 5210
3. Nor Umira binti Sairen
E-mel : norumira@uitm.edu.my
Pembantu Tadbir 09 - 351 5215
4. Nur Aini binti Nordin
E-mel : nuraini1592@uitm.edu.my
Pembantu Tadbir 09 - 351 5213
5. Mohd Azmi bin Mansor
E-mel : azmimansor@uitm.edu.my
Pembantu Operasi 09 - 351 5214

Unit Kenderaan

No. Nama & Emel Jawatan No Telefon
1. Azman bin Mohamed
E-mel: azmanmohamed@uitm.edu.my
Pemandu Kanan 09 - 351 5500
2. Mohd Faszeli bin Abdul Hadi
E-mel: mohdfaszeli@uitm.edu.my
Pemandu 09 - 351 5500
3. Azri bin Abdullah Umar
E-mel: azria258@uitm.edu.my
Pemandu 09 - 351 5500
4. Abd Aziz bin Abd Jalal
E-mel: abd_aziz@uitm.edu.my
Pemandu 09 - 351 5500
5. Amirul Ashraff bin Abdul Rahman
E-mel: amirulashraff875@uitm.edu.my
Pemandu 09 - 351 5500
6. Khairun Nizam Bin Zainudin
E-mel: @uitm.edu.my
Pemandu 09 - 351 5500
TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebar maklumat pegawai tanpa kebenaran