QUALITY MANAGEMENT UNIT (InQKA)

This image for Image Layouts addon


UNIT PENGURUSAN KUALITI (InQKA)

Unit Kualiti UiTM Cawangan Pahang berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di UiTM Cawangan Pahang. Sistem ini diwujudkan bagi memastikan satu Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk dan dilaksana dengan cekap, tepat dan berkesan berpandukan kepada ISO 9001:2015, Quality Assurance & Enhancement Policy (QAEP) dan Malaysian Quality Framework (MQA) COPIA 4 Areas demi mencapai Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti UiTM yang telah ditetapkan.
 

Dr. Mohd Safwan bin Ramli
Menjalankan Tugas
Ketua Unit Pengurusan Kualiti 
UiTM Cawangan Pahang
Email : mohdikhsan@uitm.edu.my 
Tel No : 09 - 460 2484

Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.
  1. Memperluas akses pendidikan tinggi

  2. Menyediakan Pendidikan bertaraf dunia

  3. Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negaradan kemakmuran global

  4. Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global

  5. Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.

  6. Melestarikan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien

  7. Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu

  8. Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri

  9. Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik

  10. Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi

Kecemerlangan

Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh

Sinergi

Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat

Integriti

Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi

 

Sila klik pautan berikut, untuk maklumat lanjut : InQKA Direktori
TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebar maklumat pegawai tanpa kebenaran