BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI

This image for Image Layouts addon


PEJABAT PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR (PPII)

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM Bil. 12/2015 pada 22 Disember 2015 telah memutuskan bahawa, 01 Januari 2016 Pejabat Teknologi Maklumat digabungkan dengan Pejabat Pembangunan selaras dengan program Transformasi Universiti. Melalui penggabungan ini, nama pejabat baharu kini dikenali Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII), dan diketuai oleh seorang Penolong Naib Canselor (Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur). Setelah melalui proses transformasi, PPFI UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka mula beroperasi secara rasmi di Pejabat PPFI mulai 02 Mei 2017 dengan beberapa penambahbaikan dilakukan bagi memastikan sistem tadbir urus yang mampan. PPFI diterajui oleh pengarah iaitu Jurutera gred J48 disokong oleh 3 bahagian utama iaitu Bahagian Pengurusan Fasiliti, Bahagian Pentadbiran & Kontrak serta Bahagian Teknologi Maklumat.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Pahang ke 33 bilangan 7/2021  bersetuju pertukaran nama Pejabat Pengurusan Fasiliti & ICT (PPFI) kepada Pejabat Pengurusan Infrastruktur & Infostruktur (PPII) berkuatkuasa pada 13 Ogos 2021.
Website
PPII beriltizam menyempurnakan misi UiTM untuk mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
PPII berwawasan merealisasi Visi UiTM untuk menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Kami warga PPII beriltizam dan berjanji untuk bertanggungjawab memberikan khidmat serta mewujudkan dan menyelenggarakan infrastruktur Awam. Mekanikal dan Elektrikal bagi memenuhi keperlun akademik dan pentadbiran UiTM selaras dengan misi, visi dan falsafah UiTM.

 

Kami berjanji akan:

Mensasarkan 90% aduan pelanggan diberi respon dalam tempoh 1 jam dari masa penerimaan aduan.

Mensasarkan 80% daripada keseluruhan aduan pelanggan diselesaikan.

FUNGSI UNIT

FASILITI

Unit Pentadbiran Am
  1. Membantu Pengurusan berkaitan perkhidmatan sumber manusia
  2. Menyelaras pengurusan keperluan latihan staf
  3. Mengurus Hal Ehwal Mesyuarat Jabatan
  4. Menyelaras Skim Khidmat Pelajar dan Latihan Praktikal Pelajar di BPF
  5. Menyelaras keperluan hal-hal kebajikan staf BPF
  6. Mengurus system Rekod dan Fail
  7. Menyelaras perkhidmatan kaunter dan khidmat pelanggan

DIREKTORI BPF

Unit Pentadbiran Am
No. Nama & E-mel Jawatan No Telefon
1. Ts. Ir. Zulkifli bin Azamuddin
E-mel : zulki153@uitm.edu.my
Pengarah PPII
Jurutera (J48)
09 - 460 2120
2. Tc. Muhammad Hanif bin Abdul Ahmid
E-mel: m_hanif@uitm.edu.my
Ketua Bahagian Infrastruktur
Penolong Jurutera Tertinggi (JA38)
09 - 460 2121
3. Mohd Amir bin Daud
E-mel: mohdamir@uitm.edu.my
Pembantu Tadbir Kanan (N22) 09 - 460 2064
4. Abd Aziz bin Berahim
E-mel: aaziz_berahim@uitm.edu.my
Pembantu Operasi (N11) 09 - 460 2043

JAWATANKUASA DI BAWAH PPII

Jawatankuasa Pentadbiran Projek Negeri (JPePN)
Jawatankuasa ini berfungsi bagi membuat pengesyoran dan/atau meluluskan perubahan, pelanjutan masa, projek sakit, penilaian tuntutan, penilaian teknikal dan harga, penilaian perunding dan rundingan harga untuk perolehan kerja dan perkhidmatan.