UNIT KESIHATAN
Introducing
UNIT KESIHATAN
Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka mula beroperasi pada September 1993. Pada awalnya, dikendalikan oleh seorang Pembantu Perubatan (kontrak) dan seorang Penolong Jururawat. Pada ketika itu, Unit Kesihatan dilengkapi dengan kelengkapan peralatan rawatan asas dan ubat-ubatan. Jumlah pelajar adalah seramai 800 orang sahaja.
Pada tahun 2004, jumlah pelajar telah mencecah hampir 5000 orang dan kakitangan Unit Kesihatan telah bertambah kepada 5 orang iaitu seorang Pegawai Perubatan, seorang Pembantu Perubatan, seorang Jururawat Terlatih, seorang Penolong Jururawat dan seorang Pembantu Am Rendah. Sebuah ambulan juga telah disumbangkan oleh Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam pada tahun yang sama. Pada tahun 2009, bangunan Unit Kesihatan telah dinaik taraf seiring dengan pertambahan pelajar dan kakitangan di mana terdapat penambahan di bahagian farmasi.
Sehingga kini, jumlah kakitangan adalah seramai 10 orang iaitu seorang Pegawai Perubatan, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan, 2 orang Jururawat, seorang Penolong Pegawai Farmasi, seorang Jururawat Masyarakat, seorang Pembantu Perawatan Kesihatan, seorang Pembantu Tadbir (pekerja harian) dan seorang Pemandu Ambulan dengan jumlah pelajar adalah melebihi 5000 orang.
Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada warga UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan UiTM
- Pemeriksaan pesakit luar
- Pengendalian kes kecemasan
- Pengendalian prosedur rawatan
- Pengendalian ujian makmal
- Pengendalian pesakit di wad sementara
- Pemeriksaan kesihatan
- Memberikan nasihat perubatan kepada pesakit yang memerlukan nasihat perubatan dan perawatan.
- Promosi Kesihatan (Menganjurkan ceramah kesihatan dan kempen cara hidup sihat
No. | Nama & E-mel | Jawatan | No Telefon |
---|---|---|---|
1. | Dr. Nazila binti Haji Marjan E-mel: drnazila@uitm.edu.my |
Ketua Timbalan Pegawai Perubatan (UD54) | 09 - 460 2169 |
2. | Rosmawati binti Maarof E-mel: rosmawatim@uitm.edu.my |
Jururawat Kanan (U32) | 09 - 460 2178 |
3. | Mohd Ridzuan bin Mohd Zukri E-mel: ridzuanzukri@uitm.edu.my |
Penolong Pegawai Perubatan Kanan (U32) | 09 - 460 2159 |
4. | Fauziana binti Zainol Abidin E-mel: zianazaimah@uitm.edu.my |
Penolong Pegawai Farmasi Kanan (U32) | 09 - 460 2192 |
5. | Azana binti Aziz E-mel: azana@uitm.edu.my |
Jururawat Kanan (U32) | 09 - 460 2838 |
6. | Ikhwan Hazim Bin Jumat Rasit E-mel: ikhwanhazim@uitm.edu.my |
Penolong Pegawai Perubatan (U29) | 09 - 460 2167 |
7. | Idarayani binti Mat Saleh E-mel: idarayani@uitm.edu.my |
Jururawat Masyarakat Kanan (U24) | 09 - 460 2168 |
8. | Siti Nur Izzah Najihah binti Asmawi E-mel: izzahnajihah@uitm.edu.my |
Pembantu Tadbir (N19) | 09 - 460 2194 |
9. | Muhammad Notan bin Mat Sarif E-mel: haziq@uitm.edu.my |
Pembantu Perawatan Kesihatan (U11) | 09 - 460 2168 |
10. | Mohd Nizam bin Zainal Abidin E-mel: burn_pahang@uitm.edu.my |
Pemandu (H11) | 09 - 460 2168 |