School of Wood Industry

This image for Image Layouts addon


PUSAT PENGAJIAN INDUSTRI PERKAYUAN

Pusat Pengajian Industri Perkayuan, Fakulti Sains Gunaan merupakan Pengurus Utama (PU) di Kampus Jengka dengan menawarkan program tunjang iaitu Diploma Industri Perkayuan (AS117) dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Perabot.

Kekuatan program terletak pada kepakaran tenaga pengajar, kemudahan bengkel (pemprosesan kayu, komposit kayu dan pembuatan perabot), makmal (kimia kayu, anatomi kayu, AutoCAD dan pulpa dan kertas) dan hutan pembelajaran yang berkeluasan 250 ekar yang didominasi oleh genus Dipterokarpa seperti keruing, meranti dan resak.
Dr. Noorshashillawati Azura binti Mohammad
Koordinator Prasiswazah Pusat Pengajian Sains (Industri Perkayuan)Dr. Noorshashillawati Azura binti MohammadE-mel: noorshashillawati@uitm.edu.my
No Telefon : 09-460 2349

Menawarkan program akademik dan latihan teknikal dalam bidang industri perkayuan

Menjadi pusat pengajian yang unggul dan dikenali dalam industri berasaskan kayu dengan menghasilkan graduan yang berdaya saing, inovatif, dan beretika, berkongsi kepakaran dalam penyelidikan dan memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar."
1. Menyediakan Pendidikan Berkualiti: Menawarkan program akademik yang komprehensif dan terkini dalam bidang industri berasaskan kayu bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

2. Menggalakkan Penyelidikan dan Inovasi: Mendorong aktiviti penyelidikan yang inovatif dan relevan dengan keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan teknologi perkayuan yang lestari.

3. Memperkukuh Kerjasama Industri: Menjalin hubungan strategik dengan pihak industri, kerajaan, dan komuniti bagi memastikan perkongsian kepakaran dan teknologi berkaitan perkayuan.

4. Membangunkan Modal Insan: Melahirkan graduan yang berdaya saing, beretika, dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri berasaskan kayu di peringkat nasional dan global.

5. Memupuk Kelestarian dan Kesedaran Alam Sekitar: Mengintegrasikan prinsip kelestarian dan amalan mesra alam dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.
1. Komitmen Terhadap Kualiti Pendidikan: Kami berjanji untuk memberikan pengajaran yang berkualiti tinggi dan relevan dengan keperluan industri berasaskan kayu.

2. Penyelidikan dan Inovasi: Kami berjanji untuk menggalakkan dan menyokong penyelidikan yang inovatif dan berimpak tinggi dalam bidang industri perkayuan.

3. Kerjasama dan Perkhidmatan: Kami berjanji untuk menjalin kerjasama yang erat dengan industri dan komuniti serta menyediakan perkhidmatan yang profesional dan responsif.

4. Pembangunan Modal Insan: Kami berjanji untuk melahirkan graduan yang berdaya saing, beretika, dan berkemahiran tinggi demi memenuhi keperluan industri berasaskan kayu.

5. Kelestarian dan Alam Sekitar: Kami berjanji untuk mempromosikan amalan kelestarian dan mesra alam dalam semua aspek.
1. Meningkatkan Kualiti Pendidikan: Menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dalam bidang industri berasaskan kayu melalui kurikulum yang komprehensif dan terkini.

2. Penyelidikan dan Inovasi: Menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam teknologi perkayuan untuk menyumbang kepada kemajuan industri dan pembangunan negara.

3. Kerjasama Industri: Menjalin kerjasama strategik dengan industri berasaskan kayu untuk memastikan kerelavanan kurikulum yang dibangunkan, perkongsian ilmu dan kepakaran.

4. Pembangunan Modal Insan: Melahirkan graduan yang berdaya saing, berkemahiran tinggi, dan beretika untuk memenuhi keperluan industri berasaskan kayu.

5. Kelestarian dan Alam Sekitar: Mempromosikan amalan kelestarian dan mesra alam dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.

STATISTIK STAF

Profesor (VK7)
0
Pensyarah (DS11)
0
Pengawas Hutan (G1)
0
Prof. Madya (DS14)
0
Penolong Jurutera (JA5)
0
Pembantu Kemahiran (H1)
0
Pensyarah Kanan (DS13)
0
Penolong Pegawai Sains (C5)
0
Pembantu Khidmat Am (H1)
0

STATISTIK PELAJAR

AS117
0
AS247
0
TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebar maklumat pegawai tanpa kebenaran