Faculty of Accountancy

FAKULTI PERAKAUNAN
Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka) mula bertapak di Jengka pada tahun 1996 dan menawarkan peluang kepada bumiputera yang berminat untuk menjadi akauntan yang berkelayakan. Fakulti juga memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk anak bangsa, khususnya dalam melahirkan separa profesional dan profesional Bumiputera dalam bidang perakaunan.
Di samping itu, Fakulti Perakaunan juga menawarkan kursus perakaunan (kod servicing) kepada pelajar program lain di Kampus Jengka dan Raub seperti Pra-Diploma, Diploma Industri Perkayuan, Diploma Pengurusan Industri Perladangan, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Komputer, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengajian Perbankan, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perabut, dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan.

Pensyarah Kanan (DS13)Anis Barieyah Binti Mat Baharianisbarieyah@uitm.edu.my
No Telefon : 09 - 460 2375
menawarkan program Diploma Perakaunan (AC110) untuk pelajar sepenuh masa. Objektif program diploma ini adalah bertujuan untuk melatih Bumiputera dalam bidang perakaunan di peringkat awal sebagai langkah persediaan untuk menjadi akauntan professional. Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2½ tahun iaitu 5 semester. Kelayakan diploma ini telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai sebahagian dari kelayakan professional.
- VISI
- MISI
- PIAGAM PELANGGAN
- PHILOSOPHY
- OBJEKTIF
- QUALITY OBJECTIVE
- ORGANISATION CHART
- DIRECTORY
- More Link
Untuk menjadikan UiTM sebagai universiti yang dikenali dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.
Untuk memimpin pembangunan bumiputera yang cerdas dan profesional melalui kurikulum terkini dan penyelidikan yang berimpak.
- Memastikan jumlah jam pengajaran (ATA) pensyarah untuk 1 semester adalah 15 jam seminggu.
- Memastikan bilangan kod kursus bagi setiap pensyarah adalah tidak melebihi tiga kod kursus setiap semester.
- Memastikan maklumbalas kepada pelajar terhadap penilaian kuiz atau ujian dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
- Memastikan peratus kelulusan bagi setiap kursus adalah 75% ke atas.
- Memastikan indeks penilaian pelajar terhadap pensyarah (SUFO) adalah melebihi 80%.
- Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut silibus yang telah ditetapkan adalah 100%.
Every individual has the ability to attain excellence through the transfer of knowledge and assimilation of moral values to become professional graduates capable of developing knowledge, self, society, and nation.
- Menyediakan peluang pendidikan tinggi bertaraf dunia dalam bidang Perakaunan.
- Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negara dan kemakmuran global.
- Menghasilkan graduan Perakaunan yang seimbang dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global.
- Menerapkan dan mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan untuk pensyarah dan pelajar Perakaunan.
- Mengggalakkan aktiviti penyelidikan dan penulisan yang berimpak.
- Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri.
- Menyediakan ekosistem yang kondusif untuk kemajuan akademik.
- The rate of course failures is less than 25%.
- The number of full-time students graduating with a CGPA above 3.00 is 60%
- Student's failure rate is less than 3%.
- Students who have obtained a Dean's Award above 10%.
- Students who have obtained a Vice Chancellor Award above 1%.
- Students graduating on time (GOT) above 90%.
STATISTIK PENSYARAH
PELAJAR DIPLOMA PERAKAUNAN
![]() |
TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebar maklumat pegawai tanpa kebenaran |