
20 Disember 2024 | Jumaat
Telah berlangsung Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Rektor UiTM Cawangan Pahang Tahun 2024 antara Fakulti Sains Sukan & Rekreasi dan UiTM Kampus Raub di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
YBrs. Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar mewakili Menjalankan Fungsi Rektor bersama YBrs. Dr. Saharani Abdul Rashid, Penolong Rektor Kampus Raub hadir bagi menyaksikan perlawanan.
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:
- Johan: Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
- Naib Johan: UiTM Kampus Raub
- Tempat Ketiga: Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Pusat Pengajian Industri Perkayuan
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Stadium Tun Abdul Razak kerana menyediakan fasiliti untuk perlawanan ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah melakukan yang terbaik. Semoga semangat kesukanan yang dipupuk ini dapat kita bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan UiTM Cawangan Pahang pada masa akan datang kerana pastinya
#KitaSatuUiTMPahang
#KitaSatuUiTMPahang