Program Cakna Siswa di Kolej Tun Teja, Kolej Mat Kilau 1 dan Kolej Mat Kilau 2

Image
17 Disember 2024 | Selasa

YBrs. Dr. Mohd Kamal Azman bin Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar bersama YBrs. Ts. Mohd. Khairul Izwan bin Mohd. J. Makir C.A. (M), ASEAN CPA, Timbalan Bendahari dan YBrs. Ir. Ts. Zulkifli bin Azamuddin, Timbalan Ketua Jurutera telah menyantuni pelajar-pelajar dalam Program Cakna Siswa yang dianjurkan oleh Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, UiTM Cawangan Pahang.

Kunjungan bilik ke bilik diadakan di Kolej Tun Teja, Kolej Mat Kilau 1 dan Kolej Mat Kilau 2, Kampus Jengka. Turut hadir barisan Ketua Pusat Pengajian/Koordinator, Ketua Bahagian/Unit, Staf Residen Kolej, Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej.

Program ini merupakan ruang untuk pihak pengurusan turun padang dan bertanya khabar pelajar-pelajar yang menginap di ketiga-tiga kolej berkenaan. Pihak pengurusan mengambil maklum segala permasalahan yang diutarakan oleh pelajar-pelajar untuk tujuan penambahbaikan bagi menjamin keselesaan dan kebajikan pelajar terpelihara.