Program UCPh Go Cashless @ UiTM Pahang

 
UiTM Cawangan Pahang (UCPh) Kampus Jengka dengan kerjasama pihak PayNet akan menganjurkan program UCPh Go Cashless @ UiTM Pahang seperti ketetapan berikut:

🗒️ Tarikh : 15 & 16 Oktober 2024 (Selasa & Rabu)

⏰ Masa : 11.00 pagi hingga 10.00 malam

📍 Lokasi : Dataran Integrasi (Perasmian & Jualan) dan Dewan Al-Biruni 1 (Ceramah dan Pameran)
 


 
Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib DSAPEXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang. Antara pengisian menarik pada 16 Oktober 2024 (Rabu) ialah slot ceramah dengan tajuk 'Tolong Jangan Jadi Mangsa' disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia dan tajuk 'Solusi Kewangan' disampaikan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

 
Sehubungan itu, YBrs. Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program yang bakal berlangsung. Bersama ini dilampirkan juga tentatif program untuk panduan dan rujukan semua. Kesudian YBrs. Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan menghadiri program ini amatlah dihargai.

والسلام, Sekian terima kasih.