PELANCARAN TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5 ‘KELANGSUNGAN PENGAJIAN MAHASISWA’ UiTM CAWANGAN PAHANG (KAMPUS JENGKA & KAMPUS RAUB)

Image
Pengurusan pengendalian kewangan Tabung Alumni Prihatin RM5 'Kelangsungan Pengajian Mahasiswa' Kampus UiTM Kampus Jengka dan Kampus Raub akan dijayakan secara kolaborasi bersama Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), dengan kolaborasi Pejabat Bendahari, UiTM, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) UiTM, dan fakulti/kampus UiTM.
 
Objektif tabung ini ditubuhkan adalah untuk menampung pemberian insentif kepada para pelajar UiTM dan memberi peluang kepada alumni UiTM menyumbang kepada pembangunan pembelajaran pelajar-pelajar UiTM.
 
Bersama-sama ini disertakan link sumbangan dan poster program untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Prof. / Prof. Madya. / Dr. / Tuan / Puan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi:-


Link Sumbangan:
 
Resit pengecualian cukai akan diberikan sebaik sahaja muat turun dibuat selepas proses bayaran selesai.

Segala kerjasama dan sumbangan pihak YBhg. Prof. / Prof. Madya. / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.