Tahniah dan Syabas kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang dan seluruh UiTM Cawangan Pahang di atas kejayaan memperoleh Anugerah Perak bagi Pengurusan Akademik Cemerlang Tahun 2022 Seluruh Sistem UiTM.

 

Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang dan seluruh UiTM Cawangan Pahang di atas kejayaan memperoleh Anugerah Perak bagi Pengurusan Akademik Cemerlang Tahun 2022 Seluruh Sistem UiTM.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman, TNCAA kepada YBrs. Prof Madya Dr Nazirah, TRHEA UCPh semasa Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bersama Timbalan Rektor (Akademik), Timbalan Dekan (Akademik), Penolong Rektor, Ketua Pengajian dan Penolong Pendaftar (Akademik) (META) Kali Ke-25 Tahun 2023 yang telah diadakan di Hotel Adya, Langkawi pada 25-27 Oktober 2023.

Semoga dengan pencapaian ini dapat membangkitkan semangat seluruh warga UiTM Cawangan Pahang untuk meneruskan kecemerlangan ini pada masa akan datang.

#MalaysiaMadani
#UiTM
#Uitmdihatiku
#uitmpahang
#GRU2025