Tahniah UiTM Cawangan Pahang di atas pencapaian cemerlang 6 bintang Skor i-UiTM untuk Petunjuk Prestasi (PI) Tahun 2021

Image
Unit Perancangan Strategik dan Transformasi Universiti (PSTU) UiTM Cawangan Pahang dengan rasa syukurnya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan Pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang yang dinaungi oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan (Rektor), barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri, Ketua-Ketua Pusat Pengajian, Ketua-Ketua Bahagian/Unit serta keseluruhan warga UiTM Cawangan Pahang di atas pencapaian cemerlang 6 bintang Skor i-UiTM untuk Petunjuk Prestasi (PI) Tahun 2021 dengan memperoleh 91% pencapaian keseluruhan 64 PI.

Kejayaan ini harus dijadikan pemangkin kepada usaha kita dalam menggalas tanggungjawab sebagai warga berdedikasi di samping memenuhi hala tuju UiTM ke arah GRU2025.

Dengan ini, pihak kami mengharapkan kerjasama dan sokongan yang jitu dapat terus dikekalkan agar UiTM Cawangan Pahang sentiasa berada di atas landasan yang membolehkan kita terus maju dan melakar nama di peringkat UiTM keseluruhan kampus.

Sekian, terima kasih.

Penyelaras Strategik dan Transformasi Universiti
UiTM Cawangan Pahang


#uitmcawanganpahang
#kampuskhazanahalam
#kitaUiTM
#uitmdihatiku