ABOUT UiTM PAHANG

Image
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang nama asalnya Institut Teknologi MARA (ITM) pada awalnya terletak di Kuantan yang dikenali sebagai Kampus Kota Kuantan. Ini kerana projek penubuhan ITM di Bandar Jengka terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh faktor kewangan, kesulitan mendapatkan pensyarah sambilan, kekurangan kemudahan infrastuktur dan persekitaran kurang kondusif. Ia merupakan kampus sementara yang mula beroperasi pada bulan Januari 1985 di Teluk Sisek, Padang Lalang dan Bukit Sekilau dengan enam orang kakitangan akademik dan 15 orang kakitangan pentadbiran. Pada awalnya hanya terdapat tiga program pengajian dijalankan iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Bank dengan seramai 225 orang pelajar.  Namun demikian pada tahun 1986, sebanyak enam lagi program pengajian ditambah iaitu Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Sains, Diploma Pengurusan Ladang dan Pra-Kejuruteraan yang menjadikan jumlah pelajar seramai 1143. Pada ketika itu, terdapat 55 kakitangan akademik, 44 orang kakitangan pentadbiran dan 35 kakitangan pekerja harian di kampus cawangan ini.   Pada tahun 1993, setelah Kampus Jengka mula beroperasi hanya tinggal 12 orang kakitangan akademik dan 26 orang kakitangan pentadbiran bertugas di Kampus Kuantan.
Kampus Jengka dibina melalui dua fasa iaitu fasa pertama untuk memuatkan 2500 orang pelajar dan fasa kedua yang lengkap mempunyai kemudahan infrastruktur yang mampu menempatkan 4500 orang pelajar. Kawasan Kampus Jengka dibahagikan mengikut nisbah 60:40 iaitu 40% daripada kawasan tanah dijadikan kawasan untuk dibangunkan manakala 60% lagi dijadikan kawasan pertanian. Perancangan penubuhan Kampus Jengka pada dasarnya telah bermula pada tahun 1976 lagi. Ini berdasarkan salinan surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Jengka pada ketika itu iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob dan surat kelulusan kerajaan negeri mengagihkan kawasan seluas 1000 ekar tanah di kawasan Jengka. Manakala kerja-kerja pembinaan Kampus Jengka telah bermula pada tahun 1988 tetapi ianya tertangguh seketika ketika krisis ekonomi melanda. Namun demikian, pembinaannya dapat disiapkan juga pada tahun 1992.

Sebahagian pelajar Kampus Kuantan telah dipindahkan ke Kampus Jengka, manakala sebahagian lagi dipindahkan ke ITM Shah Alam. Pada bulan Mei 1993, setelah proses pemindahan pelajar selesai, Kampus Jengka telah memulakan operasi dengan seramai 225 pelajar, 15 kakitangan dan 6 orang pensyarah.

 

Image

Kampus Jengka telah berkembang dengan baik dengan terdapat hampir 2006 pelajar daripada Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Kejuruteraan pada tahun 2020.  Bilangan pelajar pada tahun 2015 telah bertambah kepada hampir 3322 orang dengan pertambahan satu fakulti lagi iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Pada tahun 2015, bilangan pelajar telah bertambah kepada 6442 dengan pertambahan tiga fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Bilangan pelajar di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka terus bertambah kepada hampir 7208 pada tahun 2015 manakala hanya hampir 4709 orang pelajar mendaftar di Kampus Jengka pada tahun 2020.

Pada tahun 2013 terdapat seramai 363 orang yang terdiri daripada pelbagai gred perkhidmatan, 324 orang pada tahun 2015 manakala pada tahun 2020 bilangan pensyarah telah bertambah kepada 371 orang. Bilangan kakitangan sokongan di Kampus Jengka pada tahun 2020 adalah 304 orang.

KAMPUS RAUB

Image
Pada hujung tahun 2015, Kampus Raub telah mula beroperasi dan Kampus Kuantan telah berhenti beroperasi secara berperingkat. Sebelum semua kakitangan Kampus Kuantan berpindah ke Kampus Jengka dan Kampus Raub, terdapat beberapa program yang dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa. Program sepenuh masa adalah Asasi Undang-Undang (PI005) dan Asasi TESL (PI020). Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) juga dijalankan di Kampus Kuantan bagi Diploma Pentadbiran Awam (AM110). Manakala program Sarjana Muda Perakaunan (AC220), Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (AM225), Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) (ED231) dijalankan sebagai Program Pengajian Luar Kampus (PLK). Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA – BM701) dijalankan secara separuh masa. Terdapat seramai 22 orang pensyarah di Kampus Kuantan yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Undang-undang (7 orang), Akademi Pengajian Bahasa (11 orang), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (2 orang) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (2 orang). Bahagian pengurusan juga dibantu oleh 48 orang kakitangan sokongan

CARTA ORGANISASI UiTMCAWANGAN PAHANG

KAMPUS JENGKA

STATISTIK UiTM CAWANGAN PAHANG

TOTAL OF STUDENTS
0
FACULTIES
0
CAMPUS
0
PROGRAMMES
0
Full Time Students (Jengka)
0
Full Time Students (Raub)
0
Part Time Students
0
Postgraduated Students
0

GLOBALLY RENOWNED UNIVERSITY

This image for Image Layouts addon
Globally Renowned University
UiTM Strategic Plan 2025
This image for Image Layouts addon
UiTM Values (ESI)
This image for Image Layouts addon
I - Dart Values
OUR PHILOSOPHY
Every individual has the ability to attain excellence through the transfer of knowledge and assimilation of moral values so as to become professional graduates capable of developing knowledge, self, society and nation.
OUR VISSION
To establish UiTM as a Globally Renowned University of Science, Technology, Humanities and Entrepreneurship.
OUR MISSION
To lead the development of agile, professional bumiputeras through state-of-the-art curricula and impactful research
OUR OBJECTIVES