Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (BPPF)

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti merupakan antara bahagian terpenting di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan segala hal ehwal berkaitan pembangunan dan pengurusan fasiliti. Bahagian ini memainkan peranan penting bagi memberikan persekitaran yang selamat, selesa dan kondusif untuk pelajar dan semua warga kampus. Ia telah memulakan operasinya pada 15 November 2015 iaitu pada tarikh pembukaan Kampus UiTM Raub.
Visi

Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputra profesional sejajar dengan visi universiti

Misi

Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta memoptimumkan penggunaan aset secara professional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan,pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada Universiti

Objektif
  • Mewujudkan pengurusan aset yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan yang mudah dan pantas serta perkhidmatan berfokus kepada pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni dan amalan pengurusan yang cekap dan tersusun
  • Memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan yang cekap, cepat dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan yang mesra kepada pelanggan terhadap laporan kerosakan, serta merangka dan mengenalpasti punca berlakunya kerosakan demi mencapai matlamat kearah kerosakan sifar
  • Menjadi sebuah organisasi yang mempunyai pengurusan yang mantap dengan menyediakan kakitangan yang baik dari segi nilai dan etika mahupun kemahiran yang luas bagi menjadikan UiTM Pahang setanding dengan mana-mana Universiti dari segi kemudahan pendidikan serta infrastruktur untuk pendidikan bumiputera
   
Jurutera
E-mail : 
Phone No : 09-351 5216
FaxNo : 09-355 0776

Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Jawatan
Jurutera
Penolong Jurutera
Penjaga Jentera Elektrik
Pembantu Kemahiran
Pembantu Awam

Gred
J41
JA29
J19
H19
H11

Jumlah
1
2
1
1
1

 

 

Bahagian Teknologi Maklumat (InfoTech)

Bahagian Teknologi Maklumat bertanggungjawab terhadap pengurusan yang berkaitan dengan ICT. Pengurusan ICT yang terlibat adalah infrastruktur ICT, pengurusan ICT, pengurusan makmal komputer, peralatan, perkakasan dan perisian ICT serta perolehan ICT UiTM Kampus Raub.

Maklumat lebih lanjut, sila layari [ http://www.pahang.uitm.edu.my/infotech/ ]

    Mohammad Hazrin Bin Othman
Pegawai Teknologi Maklumat 
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No. : 09-3515208

Bil
1.
2.
3.

Jawatan
Pegawai Teknologi Maklumat
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Juruteknik Komputer

Gred
F41
FA29
FT19

Jumlah
1
2
3