Unit Kesihatan HEP

Unit kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub mula beroperasi secara rasminya pada 29.11.2015.Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk menawarkan rawatan perubatan dan kesihatan asas kepada mahasiswa dan mahasiswi seramai lebih kurang 3000 pelajar.
Visi

Untuk menjadikan sebuah organisasi yang menyediakan perubatan dan kesihatan peringkat primer yang setaraf dengan negara maju

Misi

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada warga UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktivit pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM

Objektif
  • Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari semasa ke semasa
  • Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar selaras dengan skim perkhidmatan pelajar
  • Pengurusan rekod kesihatan dan maklimat kesihatan pelajar dengan memastikan bahawa ianya sentiasa dikemaskini dan betul
  • Amalan penghasilan kerjaya yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti
  • Mewujudkan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamankan kesihatan
  • Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan berkesan
  • Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga UiTM Kampus Raub Pahang
  • 80% pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran

 

 

Muhamad Asraf Azhari
Pegawai Perubatan


Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-351 5791
FaxNo : 09-355 0776

Bil
1.
2.
3.
4.

Jawatan
Pegawai Perubatan
Penolong Pegawai Perubatan
Penolong Pegawai Farmasi
Jururawat

Gred
UD47
U29
U29
U29

Jumlah
1
1
1
2