Unit Kerjaya dan Kaunseling HEP

Unit Kerjaya dan Kaunseling merupakan salah satu unit yang wujud di bahagian HEP, UiTM Pahang Kampus Raub. Fungsi unit ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling sama ada secara individu, kelompok, kaunseling kerjaya malah turut membantu pihak HEP dalam menjayakan Program Pembangunan Pelajar, slot motivasi dan sebagainya. Unit Kerjaya dan Kaunseling telah diperkenalkan di Universiti Teknologi MARA sejak tahun 1976, dan ianya dijadikan sebahagian dari kursus wajib sepertimana kursus-kursus akademik yang lain. Kokurikulum adalah keperluan luar kuliah yang diberi nilai kredit untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan diploma ataupun ijazah. Perkhidmatan yang disediakan adalah secara :
  • Walk-in
  • http://counselling2u.uitm.edu.my
Objektif

  • Menawarkan khidmat kepakaran kaunseling dan perunding kepada pelajar
  • Membantu membentuk keperibadian pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi dunia pekerjaan serta membimbing mereka dalam membuat perancangan dan pemilihan kerjaya yang sesuai dengan kebolehan dan kecenderungan mereka
  • Menyediakan khidmat masyarakat dan perundingan profesional kepada unit/bahagian dalam universiti dan juga institusi/organisasi luar yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling
Piagam Pelanggan

  • Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan kaunseling dan kerjaya yang mesra, amanah dan bertanggungjawab
  • Menyediakan perkhidmatan profesional kaunseling yang berteraskan kepada nilai-nilai Islam
  • Menerima klien dari segenap lapisan masyarakat tanpa syarat
  • Memastikan kerahsiaan terjamin
  • Mengadakan sesi kaunseling dalam masa lima minit selepas mendaftar di Unit Kerjaya dan Kaunseling
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada klien berkongsi masalah, pendapat, informasi dan membangunkan potensi diri
  • Menguruskan penempatan pekerjaan kepada graduan UiTM sepanjang tahun
Perkhidmatan yang disediakan oleh kami ialah:

  • Perkhidmatan sesi kaunseling merangkumi peribadi, kewangan, akademik, kerjaya, pembangunan kendiri yang berkaitan Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok dan eKaunseling (Facebook Unit)
  • Pembangunan dan Bimbingan Kerjaya melalui Teknik Menulis Resume, Teknik Menghadapi Temuduga Pekerjaan, Strategi Mencari Pekerjaan, Pendaftaran Pekerjaan/Pertukaran Pekerjaan, Temuduga di Dalam Kampus, Maklumat Kerjaya dan eCareer (UiTM Jobshop)
  • Program Pembangunan Kendiri melalui Teknik Pembelajaran, Pre-Executive Training, Motivation and Assertive Training, Young Motivator Training dan Basic Counseling Skills Training
  • Konsultasi dan Perkhidmatan Perkembangan Professioanal melibatkan Isu berkaitan Kerjaya dan Kaunseling, Penulisan Modul Latihan, Pengurusan Acara dan Majlis dan Ujian Psikologi (Personaliti Diri)
  • Penerbitan dan Penulisan Info Kerjaya dan Kaunseling melalui Modul-modul Latihan Pelajar dan Staf, Buletin Kaunseling, Risalah Ilmu, Artikel dan Bilik Terapi Kelompok
  Rosfarhani Daud (KB.PA)
Pegawai Psikologi
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-351 5277
FaxNo : 09-355 0776

Bil
1.

Jawatan
Pegawai Psikologi

Gred
S41

Jumlah
1