Print
Bahagian KJ
Hits: 2341

Ketua Jabatan

    Mohd Izani bin Daud
Pegawai Keselamatan Kanan (KP44)
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     

 


 

 

Pengenalan

Pengenalan

Pada tahun 2011 Unit Keselamatan telah ditukarkan kepada Pejabat Polis Bantuan. Tugasan utama adalah menjaga keselamatan dan mengawasi perkara-perkara yang boleh merosakkan atau mendatangkan kemudaratan kepada kesentosaan, keamanan, ketenteraman serta harta benda dan nama baik Universiti.

Misi

Memberi perkhidmatan yang profesional, berintergriti dan berakauntabiliti bagi mewujudkan suasana kampus yang selamat dan sejahtera demi menjaga imej universiti

Objektif

  • Memastikan anggota Polis Bantuan yang siapsiaga dan kompeten.
  • melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
  • Menyediakan perkhidmatan keselamatan berteraskan perkembangan teknologi.

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan kawalan keselamatan dijalankan dalam tempoh 24 jam sehari.
  2. Penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh, adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
  3. Bertindak di atas semua aduan dalam masa 7 hari bekerja (Tidak termasuk kes siasatan).
  4. Melaporkan kejadian yang berlaku yang berkaitan universiti kepada Ketua Pejabat Polis Bantuan.
  5. Mengambil tindakan awal ke atas maklumat mengenai kejadian kecemasan dalam tempoh 3 minit.
  6. Menyediakan perkhidmatan kaunter dan layanan yang boleh memuaskan pelanggang di kaunter.
  7. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tidak menyeleweng, rasuah dan yang tidak menimbulkan syak wasangka.


Fungsi Unit

Unit Pentadbiran dan perkhidmatan

  1. Pengurusan pentadbiran, surat, fail pentadbiran dan peribadi.
  2. Kelengkapan anggota dan kelengkapan pejabat, tuntutan, permohonan pas keselamatan, laporan kehilangan, rekod perkhidmatan, mengurus kunci dan lain urusan pentadbiran.

Unit Kawalan dan Operasi

  1. Keselamatan warga kampus dan pelawat, Keselamatan kawasan, keselamatan bangunan dan keselamatan hartabenda UiTM Cawangan Pahang.
  2. Kawalan pintu keluar dan masuk serta kawalan semasa program.
  3. Mencegah dan melawan kebakaran.
  4. Trafik, perhubungan, kunci pejabat dan kuliah.
  5. Pengurusan jadual tugas harian, lebih masa dan cuti anggota keselamatan.

Unit Trafik dan Logistik

  1. Kawalan lalulintas, pengiring VIP.
  2. Kawalan pintu keluar dan masuk dan kawalan parkir kenderaan.
  3. Mengeluarkan saman lalulintas dan urusan pelekat kenderaan.
  4. Urusan penjagaan kenderaan dan store.
  5. Mengurus papantanda dan lain-lain alat kelengkapan Unit Polis Bantuan.

Siasatan

  1. Menyiasat kes.
  2. Perhubungan baik dengan PDRM dan Bomba serta organisasi penguatkuasaan yang lain.
  3. Mengendalikan urusan latihan dan kursus-kursus anggota keselamatan.
  4. Memusnahkan binatang dan serangga berbahaya