• Anjung
  • Pengenalan Jengka
    • Pembangunan Kampus Jengka
    • Peta Kampus Jengka
  • Akademik Jengka
    • Fakulti
      • Fakulti Perakaunan
      • Fakulti Pengurusan & Perniagaan
      • Fakulti Sains Gunaan
        • Buletin e-PPS
      • Fakulti Perladangan & Agroteknologi
      • Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
      • Fakulti Kejuruteraan Awam
    • Pusat Pengajian
      • Akademi Pengajian Bahasa
      • Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
  • Pengurusan Jengka
    • Bahagian
      • Pentadbiran
      • Bahagian Hal Ehwal Akademik
      • Bahagian Hal Ehwal Pelajar
      • Bahagian Pengurusan Fasiliti & ICT
      • Bendahari
      • Perpustakaan
      • Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri
      • Pejabat Polis bantuan
    • Unit
      • Unit Komunikasi Korporat
      • Unit Pengurusan Kualiti (InQKA)
      • Unit Pengurusan Ladang
      • Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)
  • Direktori Staf
    • Fakulti
      • Fakulti Perakaunan
      • Fakulti Pengurusan & Perniagaan
      • Fakulti Sains Gunaan
      • Fakulti Perladangan & Agroteknologi
      • Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
      • Fakulti Kejuruteraan Awam
      • Fakulti Sains Komputer & Matematik
    • Pusat Pengajian
      • Akademi Pengajian Bahasa (APB)
      • Akademi Pengajian Islam Kontemporari
    • Bahagian
      • Pejabat Rektor
      • Bahagian Hal Ehwal Akademik
      • Bahagian Hal Ehwal Pelajar
      • Pentadbiran
      • Bahagian Pengurusan Fasiliti & ICT
      • Perpustakaan
      • Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri
    • Unit
      • Unit Komunikasi Korporat
      • Unit Pengurusan Ladang
      • Unit Pengurusan Kualiti (InQKA)
      • Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) - Pejabat Am

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

  • Print
  • Email
Details
admin_jengka
Bahagian KJ
Hits: 9418
  • Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar
  • Pengenalan
  • Piagam Pelanggan
  • EKSA

Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar

 

    Dr. Mohd Kamal Azman bin Jusoh
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Pahang merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan menyediakan kemudahan seperti penginapan, sukan dan membantu kebajikan pelajar. Dalam masa yang sama ianya perlu berfungsi dalam membangunkan potensi diri pelajar supaya menjadi insan yang sepadu dengan unsur-unsur rohani, jasmani, emosi dan intelek seperti digaris oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Pentadbiran Am ini terdiri daripada:

  • Unit Aktiviti Pelajar
  • Unit Tatatertib
  • Unit Bantuan Kewangan/PTPTN
  • Unit Latihan

Misi

Untuk mengukuhkan pembelajaran dan pendidikan ke arah melahirkan graduan yang serba boleh yang mempunyai nilai-nilai daya tahan dan daya juang yang tinggi, berilmu, beriman dan bertaqwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Objektif.

Objektif

  • Membimbing pelajar supaya menjadi lulusan yang sentiasa berilmu, beriman, bertaqwa dan beramal selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara .
  • Membentuk dan memupuk sifat amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan melalui nilai kepimpinan dan disiplin .
  • Menanam semangat keberanian, keyakinan, ketrampilan dan berdikari serta sanggup menghadapi cabaran .
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang sihat dan cerdas agar sentiasa berfikiran positif dan kreatif.
  • Menerapkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar .
  • Meningkatkan kualiti kakitangan .
  • Melengkapkan dan meningkatkan kualiti kelengkapan pejabat .

Fungsi Bahagian

  • Menyelaraskan perhubungan pelajar-pelajar dengan pengurusan UiTM, Institusi-institusi Pengajian Tinggi dan pertubuhan-pertubuhan luar .
  • Menyelaskan semua kegiatan pelajar sama ada yang dijalankan di dalam atau di luar UiTM .
  • Menyediakan kemudahan penempatan dan makanan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman .
  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan perubatan kepada pelajar.
  • Menyediakan kemudahan riadah di dalam kampus.
  • Menyelaras bantuan kewangan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan dengan pelajar.
  • Menjaga ketenteraman dalam kampus melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Malaysia Akta 174 Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
  • Menyelaras semua persatuan/kelab dan program/aktiviti pelajar mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Menguruskan permohonan kewangan dari Tabung Amanah yang melibatkan aktiviti pelajar.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 dan peraturan universiti yang ditetapkan bagi mengawal disiplin dan sahsiah pelajar.
  • Menyelaras semua biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan termasuk daripada PTPTN, kerajaan negeri, yayasan negeri, pihak korporat, agensi kerajaan dan swasta.
  • Membantu meringankan permasalahan pelajar berkaitan kewangan semasa berada di UiTM.
  • Menyelaras dan mengumpul maklumat latihan staf di unit/bahagian Hal Ehwal Pelajar supaya dapat memenuhi jam latihan sebanyak 42 jam.

Piagam Pelanggan

Sesungguhnya kami akan memberikan perkhidmatan terbaik dan cekap kepada pelajar dan kakitangan UiTM serta masyarakat luar amnya.

Aktiviti Pelajar

  • Memberi bimbingan khusus kepada pemimpin persatuan pelajar melalu Bengkel Pelaksanaan Aktiviti pada setiap semester.
  • Memberi kelulusan setiap permohonan mengadakan aktiviti dalam tempoh 2 minggu dan pengagihan peruntukan kewangan mengikut kelyakan dan keperluan sesuatu aktiviti.
  • Menyediakan senarai rekod aktiviti yang kemas dan tersusun bagi tujuan rujukan.

Tatatertib Pelajar

  • Meneliti setiap laporan kesalahan pelajar dalam tempoh satu minggu dan mengeluarkan surat pertuduhan yang sahih tanpa sebarang keraguan.
  • Membawa setiap kesalahan pelajar untuk sesi perbicaraan dalam tempoh satu minggu setelah semua urusan pertuduhan selesai serta mengendalikan urusan perbicaraan dengan teratur, cekap, adil dan memproses rayuan pelajar yang didapati berslah setelah perbicaraan dengan seberapa segera.

Ko Kurikulum Pelajar

  • Memproses pemilihan ko kurikulum pelajar baru dibuat dua hari selepas pendaftaran pelajar.
  • Memproses pemilihan pertukaran ko kurikulum pelajar semester dua dibuat sebulan sebelum tarikh Peperiksaan Akhir Akademik.
  • Menyediakan Tenaga pelajar dan penceramah yang berkebolehan dan berketrampilan.

Kerjaya dan Kaunseling Pelajar

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling dengan mesra, profesional, selesa tanpa prejudis dengan kadar segera dan mempastikan kerahsiaan terjamin demi kesejahteraan dan potensi diri pelajar.

Sukan Pelajar

  • Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental pelajar dengan sasaran sekurang-kurangnya 80% pelajar terlibat dengan aktiviti sukan.
  • Memberi ilmu pengetahuan dalam bidang sukan melalui penyediaan latihan dan khidmat nasihat oleh mana-mana pegawai Unit Sukan pada bila-bila masa diperlukan.
  • Memberi peluang pelajar bergerak aktif melalui sukan atau kejohanan yang diadakan pada sepanjang semester.
  • Memberi kemudahan dan peralatan sukan secara percuma.
  • Memastikan semua kemudahan sukan dalam keadaan sempurna dan penggunaan mengikut jadual/peraturan.

Perubatan dan Kesihatan Pelajar

  • Memberi layanan segera, mesra dan bersopan santun kepada pelajar yang memerlukan rawatan.
  • Mengutamakan tindakan segera ke atas kes-kes kecemasan pelajar.
  • Membekalkan perubatan yang mencukupi dan lengkap kepada pelajar.
  • Kehormatan dan maklumat pelajar yang sakit dirahsiakan di samping khidmat nasihat kesihatan secara percuma.

Kemudahan Asrama Pelajar

  • Memberi kemudahan penempatan dan makana yang terbaik kepada pelajar serta keperluan riadah yang selesa serta membentuk disiplin pelajar.
  • Segala aduan pelajar diambil tindakan segera dan diberi maklumbalas.

EKSA

+ - Jawatankuasa EKSA HEP Click to collapse

+ - Buletin EKSA Click to collapse

 

BIL. BULETIN TAJUK FORMAT DOWNLOAD
BIL.1/2019 LAWATAN PENANDAARASAN EKSA JABATAN UKUR PEME TAAN MALAYSIA PAHANG6 MAC 2019 PDF [ Download ]
BIL.2/2019 TAKLIMAT PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP) 9 & 10 APRIL 2019 PDF [ Download ]
BIL.3/2019 KURSUS PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 16 APRIL 2019 PDF [ Download ]
BIL.4/2019 LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI PAHANG PADA 25 JUN 2019 PDF [ Download ]
BIL.5/2019 TAKLIMAT PENGURUSAN FAIL & DOKUMEN DEWAN AL-BIRUNI 2, UITM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA PADA 26 JUN 2019 PDF [ Download ]
BIL.6/2019 TAKLIMAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN DEWAN AL-BIRUNI 2, UITM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA PADA 26 JUN 2019 PDF [ Download ]


 

  • Unit Kerjaya dan Kaunseling
  • Unit Kesihatan

Unit Kerjaya dan Kaunseling

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut : Unit Kerjaya & Kaunseling

Unit Kesihatan

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut : Unit Kesihatan

Copyright © 2021 Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement