Syabas dan Tahniah kepada Hajah Nur Afzan Abu Kassim, Pembantu Belia dan Sukan Kanan, Unit Sukan UiTM Pahang, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang atas perlantikan sebagai Wasit/Juri di Kejohanan Silat Terbuka Uzbekistan yang berlangsung pada 31 Januari 2020 hingga 12 Februari 2020.

Pada 4 dan 5 Februari 2020, Di Taskhent Uzbekista,Hajah Afzan telah bertugas sebagai Dewan Juri di Kejohanan Pencak Silat Terbuka Uzbekistan.

Pada 6 Februari 2020, Di City Tashkent, Hajah Afzan telah bertugas sebagai juri di Festival Warisan Budaya Uzbekistan

Pada 7 dan 9 Februari 2020, Di Shymkent, Kazakhtan. Hajah bertugas sebagai Ketua Pertandingan dan Dewan Juri di Kejohanan Pencak Silat Terbuka Republik Kazakhtan.

Terbaik! Hajah Afzan.

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga UiTM Cawangan Pahang amat bangga atas pencapaian tugasan ini.