Syabas dan Tahniah kepada En Mukhriz Mohamed , Penolong Pegawai Sukan di atas sebagai Jurulatih Pasukan Memanah ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) Napoli 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

YBhg Prof Dr Mohd Ilham Adenan, Rektor UITM Cawangan Pahang telah menyampaikan surat tahniah kepada beliau dan mengucapkan selamat maju jaya.

Warga Kampus amat bangga atas perlantikan ini dan mendoakan semoga En Mukhriz terus membantu dan memacu kecemerlangan Sukan Memanah UiTM.