Syabas dan Tahniah kepada Saudara Mohamad Muhammad Aman Mohammad Zahir, Pelajar Semester Akhir Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi atas lantikan sebagai Jurulatih Sambilan Memanah Majlis Sukan Pahang oleh MSP - Majlis Sukan Pahang.

YBhg Prof Dr Mohd Ilham Adenan, Rektor UITM Cawangan Pahang telah menyampaikan surat tahniah kepada wakilnya iaitu Ayahnya- En Mohd Zahir Din dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

Warga Kampus amat bangga atas perlantikan ini dan mendoakan semoga saudara Aman terus membantu dan memacu kecemerlangan Sukan Memanah UiTM dan Negeri Pahang .