YBhg Rektor UiTM Cawangan Pahang Prof Dr Mohd Nazip Suratman telah menerima surat pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UiTM dari YBhg Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Dato' Dr Hassan Said .

Perlantikan ini untuk tempoh tiga tahun bermula 15 November 2018. Prof Rektor akan melapor diri di Pejabat TNC P&I UiTM Shah Alam pada 15 November 2018 Khamis ini.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Prof Mohd Nazip di atas pelantikan TNC ( Penyelidikan dan Inovasi)

Warga UiTM Cawangan Pahang amat bangga atas perlantikan Prof ini. Kami mendoakan semoga Prof terus dapat memacu kecemerlangan UiTM keseluruhannya dan sentiasa mengingati kami di sini.

Sumber : FB UiTM Pahang