Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera.

Saudara/saudari,

** PERHATIAN : PELAJAR PERLU MEMBUAT PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT PENGISIAN MUAT TURUN MAKLUMAT / DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU INI.

1. Semua calon pelajar baharu (Pra Diploma / Diploma / Sarjana Muda) UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka hendaklah membuat serahan dokumen pendaftaran pelajar baharu dengan memuat naik maklumat / dokumen berkenaan pada ruangan yang diberikan melalui platform ini seperti link berikut : Google Form 

2. Serahan maklumat / dokumen melalui platform ini adalah melibatkan pelajar baharu daripada seluruh fakulti di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

3. Dokumen yang dimuat naik perlulah dalam format PDF atau IMAGE sahaja. Penamaan fail bagi setiap dokumen adalah "No. Pelajar_Nama Dokumen".
Contoh :

  • 2020678910_Surat Tawaran
  • 2020678910_Borang B

4. Tempoh serahan & muat naik maklumat / dokumen adalah bermula pada 1 September 2020 sehingga 11 Oktober 2020. 



Sekian terima kasih

BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UiTM CAWANGAN PAHANG
KAMPUS JENGKA

HUBUNGI KAMI :
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel. : 06 - 460 2012 / 2201
Faks : 06 - 460 2208

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Hari : Isnin - Jumaat (tidak termasuk cuti umum / kelepasan am)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang