Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Unit Sukan UiTM Cawangan Pahang menjemput semua warga UiTM Pahang iaitu staf, pensyarah, pelajar, staf konsesi dan ahli keluarga menyertai UiTM Pahang Virtual Merdeka Run 2020 yang bakal diadakan pada 16 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Pahang, Jawatankuasa Penganjuran Hari Inovasi UiTM Pahang 2021, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pahang dan Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM Pahang.

Tarikh pendaftaran dibuka pada 23 Julai 2020 hingga 31 Julai 2020 bagi 'Early Bird' dan 1 Ogos 2020 hingga 15 Ogos 2020 untuk pendaftaran lewat. Acara ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja anda berada dan tempat yang bersesuaian untuk anda berjalan atau berlari termasuk di atas treadmill.

3 kategori yang anda boleh pilih iaitu:

  • 0.8KM (Fun Walk)
  • 3.1KM (Fun Run)
  • 6.3KM (Ultra Fun Run)

Daftar segera untuk mendapatkan tawaran yang istimewa. Berita baik bagi ahli PSKK UiTM Pahang yang menyertai larian ini kerana mendapat potongan RM10.00 bagi setiap seorang.

Klik pautan untuk maklumat lanjut : UiTM Pahang Virtual Merdeka Run 2020

Bagaimana untuk anda sertai larian ini?

  1. Daftar
  2. Pilih salah satu tarikh yang sesuai untuk anda berjalan atau berlari (16 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020)
  3. Berjalan atau berlari dengan menggunakan aplikasi larian yang ada di telefon pintar anda
  4. Screenshot result anda dan hantar di link yang akan diberikan nanti
  5. Terima pakej barangan larian anda pada tarikh yang telah ditetapkan
  6. Pastikan email yang anda gunakan aktif

Untuk menyertai larian ini sila klik link pendaftaran di bawah 👇👇👇

https://tinyurl.com/RegistrationFormUPhVMR2020