• Anjung
    • UiTM Malaysia
  • Kenali Kami
    • Kampus
      • Kampus Jengka
      • Kampus Raub
    • Visi & Misi
    • Falsafah & Objektif
    • Nilai Polisi
    • Nilai & Etika Warga UiTM
    • Aktiviti Kampus
    • Pencapaian
  • Pengurusan
    • Pejabat Rektor
    • Pengurusan Eksekutif
      • Mesyuarat Eksekutif (ME)
      • Mesyuarat Pengurusan Dalaman (MPD)
    • Koperasi & Persatuan
      • Koperasi Kakitangan UiTM Berhad
      • Persatuan Sukan Kakitangan UiTM Cawangan Pahang
      • Kesatuan Kakitangan Umum UiTM
  • Akademik
    • Program Sepenuh Masa
    • Institut NEO Pendidikan (InED)
    • Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)
  • Berita
  • Muat Turun
    • Borang Kampus Jengka
    • Borang Kampus Raub
  • Direktori
    • Pengurusan Eksekutif
    • Kampus Jengka
    • Kampus Raub
  • Anjung
  • Kenali Kami
  • Main Page Web
  • Hebahan Kampus
  • The Blue Ribbon

The Blue Ribbon

  • Print
  • Email
Details
Administrator
Hebahan Kampus
Hits: 5336
  • Pengenalan
  • Polisi
  • Visi, Misi dan Objektif
  • Syarat Am dan Kriteria Pengiktirafan The Blue Ribbon Campaign
  • Aktiviti The Blue Ribbon Campaign 2018
  • Aktiviti The Blue Ribbon Campaign 2019
  • Anugerah & Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018
  • Jawatan TBRC
  • Keratan Akhbar
  • Klinik Nafas Baharu

Pengenalan

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) memperkenalkan Kempen Blue Ribbon yang akan memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan penting dalam usaha untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100% kawasan bebas asap rokok. Ianya selari dengan Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) Artikel 8 yang bertajuk ‘Perlindungan Daripada Pendedahan Kepada Asap Tembakau’.

Latar Belakang The Blue Ribbon Campaign

  • Kempen Blue Ribbon telah diperkenalkan oleh WHO di Rantau Pasifik kepada kementerian-kementerian kesihatan sebagai inisiatif menyokong Artikel 8, WHO FCTC yang bertajuk ‘Perlindungan Dari Pendedahan Kepada Asap Tembakau’.
  • Kempen Blue Ribbon pertama kali digunakan di Kanada untuk Sekolah Bebas Asap Rokok dan kemudian diikuti oleh Negara Jepun. Kini, ia menjadi symbol kepada WHO Western Pacific Region di rantau ini yang melambangkan udara bersih dan segar dari ancaman asap tembakau
  • Di Malaysia, pengiktirafan ini akan dianugerahkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan kriteria pemilihan akan dilakukan oleh konsultansi daripada WHO.
  • Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di The 15th World Conference on Tobacco or Health by WHO Western Pacific Region pada 20 hingga 24 Mac 2012 di Singapura bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan individu, kumpulan, organisasi, agensi kerajaan terhadap pelaksanaan WHO FCTC ke arah persekitaran bebas asap rokok.

Objektif The Blue Ribbon Campaign

A. Umum

  • Untuk mengukuhkan polisi bebas asap rokok selari dengan Artikel 8 WHO FCTC (Perlindungan daripada Bahaya Asap Tembakau) dan garis panduannya.

B. Khusus

  • Mengiktiraf peranan individu, kumpulan, institusi, organisasi ke arah premis bebas asap rokok.
  • Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya asap rokok pasif dan hak untuk mendapatkan udara bersih.
  • Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai agensi ke arah premis bebas asap rokok.

 

Polisi

Visi, Misi dan Objektif

VISI 

Membentuk budaya mesra alam dan prihatin terhadap kesihatan, keselamatan dan kebersihan.

 MISI

Mewujudkan persekitaran yang indah, bersih,  selamat dan selesa.

Objektif Umum

Mengukuhkan polisi bebas asap rokok selari dengan Artikel 8 WHO FCTC (Perlindungan Daripada Bahaya Asap Tembakau) dan garis panduannya

 

Syarat Am dan Kriteria Pengiktirafan The Blue Ribbon Campaign

Syarat Am Pensijilan Blue Ribbon

  1. Tempoh sijil sah selama dua (2) tahun bermula daripada tarikh penganugerahan sijil tersebut.
  2. Pengauditan susulan akan dijalankan pada bila-bila masa sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun
  3. Sijil akan digantung sementara sekiranya didapati melanggar kriteria selepas audit susulan dijalankan
  4. Sijil akan dikembalikan semula selepas pihak audit berpuas hati dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan
  5. Sijil akan ditarik balik sekiranya pihak audit mendapati premis melanggar kriteria selepas audit susulan
  6. Premis yang ingin menyertai semula pensijilan boleh memohon semula sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan sebelum sijil tamat.

Kriteria Pemilihan Pensijilan Blue Ribbon – Wajib

  1. Mempunyai polisi/ kenyataan bebas asap rokok bertulis
  2. Mempamerkan polisi/ kenyataan berkenaan di tempat yang mudah dilihat
  3. Polisi bebas asap rokok dimaklumkan kepada anggota
  4. Tidak menjual rokok/hasil tembakau atau sebarang produk yang berkaitan dengan jenamaatau pengilang rokok.
  5. Tidak memasang poster-poster atau sebarang bentuk iklan/promosi rokok.
  6. Tidak menyediakan sebarang kemudahan untuk merokok termasuk bekas habuk rokok, tong sampah dengan bekas abu rokok dan bilik/ kawasan merokok.
  7. Tidak mempunyai kesan-kesan merokok dalam premis berkenaan
  8. Mempamerkan tanda/ maklumat larangan  merokok yang mudah dilihat/ didapati/ diakses di mana-mana bahagian yang mudah dilihat pada premis/ laman web yang bertanding terutama di bahagian strategik . Mematuhi tanda amaran Jadual Ke-3 PPKHT 2004.

Kriteria Pemilihan Pensijilan Blue Ribbon – Kriteria Tambahan

  1. Penubuhan pasukan sukarelawan (kumpulan pekerja/ pelajar) – semua aktiviti rondaan, taklimat atau apa-apa aktiviti direkodkan mengikut zon/ blok atau mana-mana yang praktikal mengikut sesuatu tempat.
  2. Mewujudkan undang-undang atau polisi dalaman yang diwartakan di bawah syarikat/ universiti/ badan berkaitan.- Tuan punya premis mewujudkan  undang-undang melalui mana-mana peruntukan sedia selain PPKHT 2004 untuk aktiviti kawalan penggunaan hasil tembakau dan hasil tembakau.
  3. Memastikan persekitaran tempat kerja bebas asap rokok seperti menjalankan pemantauan terhadap indeks udara.
  4. Mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk membudayakan amalan tidak merokok sepanjang program rasmi – membuat penguguman atau membudayakan amalan tidak merokok ketika majlis keraian.
  5. Berupaya mempengaruhi Tuan Punya premis/bangunan berdekatan menjadikan premis bebas 100% asap rokok.

Aktiviti The Blue Ribbon Campaign 2018

+ - Mesyuarat TBRC Click to collapse

+ - Taklimat TBRC Bersama Staf HEP Click to collapse

+ - Taklimat TBRC bersama staf Pentadbiran & Akademik Click to collapse


+ - Lawatan TBRC di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau Click to collapse


+ - Lawatan TBRC di UiTM Cawangan Kedah, Kampus Kedah Click to collapse

+ - Taklimat TBRC Bersama Pelajar INTERIM Sesi Julai 2018 Click to collapse

+ - Taklimat TBRC Bersama Kontraktor dan Konsesi Click to collapse

+ - Pemantauan dan Operasi Peraturan-peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 Click to collapse

+ - Pra-Audit Pensijilan The Blue Ribbon Campaign Click to collapse

+ - Taklimat TBRC bersama pelajar MDS Sesi September 2018/2019 Click to collapse

+ - Gotong Royong Perdana TBRC Click to collapse

+ - Taklimat TBRC bersama Pelajar Fakulti Sains & Rekreasi Click to collapse

}

+ - Ceramah dan Pameran Bahaya Merokok dan Kempen Blue Ribbon Click to collapse

 

+ - Pemberian Pelekat Kenderaan TBRC Click to collapse

+ - The Blue Ribbon Fun Walk Click to collapse

+ - Gotong Royong TBRC bersama JPK Kolej Mat Kilau 1 Click to collapse

+ - Gotong Royong TBRC di Kolej Mat Kilau 2 Click to collapse

 

+ - Karnival TBRC Vol 1.0 Click to collapse

Aktiviti The Blue Ribbon Campaign 2019

+ - Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (OPS PPKHT) Click to collapse

 

+ - Karnival The Blue Ribbon 2.0  Click to collapse

+ - Taklimat TBRC Bersama Pelajar MDS Sesi 2/2019 Click to collapse

+ - Klinik Nafas Baharu 2019 Click to collapse

+ - Pameran The Blue Ribbon dan Kaunter Saringan Smokelyzer Click to collapse

+ - Taklimat TBRC Bersama Pelajar Mds Sesi Interim Julai 2019/2020 Click to collapse

+ - Gotong-Royong Blue Ribbon Bersama Pelajar Interim sesi Julai 2019/2020 Click to collapse

+ - Taklimat TRBC bersama pelajar di Minggu Destini Siswa Pra-Pendidikan Tinggi dan Ijazah Sarjana Muda Sesi September 2019 Click to collapse

+ - Pemasangan Banner & Poster Larangan Merokok di KMK 1 Click to collapse

Anugerah & Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018



Jawatan TBRC

Bil Nama   Jawatankuasa
1  YBhg. Profesor Dr Mohd Ilham bin Adenan  Penaung
2  Dr. Fauzi bin Azmi  Penasihat
3  Dr. Nazila binti Marjan  Pengerusi
4  Azana binti Abd Aziz                        Setiausaha
5  Risyam bin Jaafar        J/K Promosi
6  Muhammad Irsyad Syahmi bin Abdul Jamal  J/K Promosi
7  Noor Azizi b Zainuddin       J/K Promosi
8  Ungku Najwa bt Ungku Abd Aziz  J/K Promosi
9  Roslan b Mamat  J/K Multimedia
10  Muhammad Fikri b Suhaimi  J/K Multimedia 
11  Ahmad Nazri b Jelani  J/K Pemantau Kolej 
12  Ahmad Zairiee bin Mohd Nasir  J/K Pemantau Kolej 
13  Muhammad Faizal bin Abd Karim  J/K Pemantau Kolej 
14  Rosenani binti Sidek  J/K Pemantau Kolej
15  Mohd Izani bin Daud  J/K Keselamatan
16  Mohd Norafizal bin Abd Aziz  J/K Audit
17  Mohammed Izrai bin Abd RazaK  J/K Tugas-Tugas Khas (Ketua)
18  Mohd Zulhasif bin Abd Wahab  J/K Tugas-Tugas Khas
19  Saiful Hasbullah bin Abdul Majid  J/K Tugas-Tugas Khas
20  Unit Kesihatan  J/K Inovasi

Keratan Akhbar

+ - UiTM Pahang terima anugerah Blue Ribbon Beyond - Utusan Malaysia Click to collapse

+ - UiTM Pahang cipta sejarah - Sinar Harian Click to collapse

 

+ - UiTM Jengka terima anugerah persijilan Blue Ribbon Beyond - Utusan News Hub Click to collapse

Klinik Nafas Baharu

Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka kini menyediakan perkhidmatan klinik berhenti merokok yang dikenali sebagai KLINIK NAFAS BAHARU.

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua staf dan pelajar. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat nasihat dan pemberian ubat berhenti rokok iaitu Champix.

Oleh itu, mana-mana pelajar dan staf yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, bolehlah hadir ke Unit Kesihatan atau menghubungi talian 09-4602168/2178 untuk pendaftaran dan konsultasi.

REBUTLAH PELUANG INI. SAYANGI DIRI ANDA DAN KELUARGA TERSAYANG.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Kampus Jengka
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang, MALAYSIA
Phone No : 09-460 2000
Fax No : 09-460 2455

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Kampus Raub
27600 Raub
Pahang, MALAYSIA
Phone No : 09-351 5557 / 5558
Fax No : 09-355 0776

 
Copyright © 2019 Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement