Pendidikan Islam mula diperkenalkan di universiti ini pada 1975 di bawah Unit Pendidikan Islam. Pada 1977, kursus Tamadun Islam mula diperkenalkan sebagai kursus wajib bagi semua program di universiti. Unit tersebut dimantapkan kepada sebuah pusat pengajian, dikenali sebagai Pusat Pendidikan Islam pada 1 April 1983 dengan lebih 40 kursus pendidikan Islam diperkenalkan disamping kursus Tamadun Islam.

Pada 13 Januari 2004, Pusat Pendidikan Islam telah diisytiharkan oleh Dato Seri Naib Canselor sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) CITU adalah gabungan Pusat Pendidikan Islam Akademik (Hal Ehwal Akademik) dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama Non-Akademik (Hal Ehwal Islam) di mana semua aktiviti keislaman universiti ditadbir di bawah satu bumbung di Pusat Islam universiti.Pada 23 Mei 2013, nama Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam telah ditukar kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Falsafah

Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai murni dan etika keprofesionalan.

  Lokman Abdul Rasol
Penolong Koordinator Acis

E-mail : lokman_87This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-351 5561
FaxNo : 09-356 1046

Visi

Menjadi sebuah Akademi Pengajian Bahasa yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan bahasa

Misi

Mempertingkatkan kesarjanaan dan kecemerlangan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran: penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan; kerjasama akademia, industri dan masyarakat; kepimpinan; dan keusahawanan

Objektif

  • Mencapai enrolmen 1,000 pelajar setiap semester menjelang 2020.
  • Memastikan kurikulum bagi semua program dan kursus universiti disemak setiap tiga (3) tahun.
  • Memastikan 90% pelajar sepenuh masa pada peringkat Sarjana Muda bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan..
  • Memastikan sekurang-kurangnya 15 pelajar peringkat pasca siswazah bergraduat menjelang  2020
  • Memastikan kadar keboleh pasaran siswazah melebihi:
    • 80% (Sarjana Muda);
      Dan bekerja sendiri
    • 2.5% tahun 2016;
    • 4.0% menjelang tahun 2020                
  • Memastikan bilangan penerbitan berindeks mencapai 150 menjelang 2020
  • Memastikan jumlah geran penyelidikan RM 500 ribu setiap tahun
  • Meningkatkan bilangan pensyarah yang berkelulusan PhD/kelayakan yang setaraf daripada 52 (21%) kepada 70 (30%) menjelang 2020.

    Khalid Mat Pardi
Penolong Koordinator Akademi Pengajian Bahasa
E-mail : khalidmpThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-351 5427
Fax No. : 09-356 1046

 

Untuk maklumat lanjut sila layari : https://apb.uitm.edu.my/main/