Fakulti Pengurusan dan Perniagaan telah ditubuhkan untuk melahirkan graduan dan profesional dalam bidang pengurusan perniagaan selaras dengan hasrat negara untuk mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Sejak penubuhan sehingga kini, Fakulti Pengurusan Perniagaan bangga dengan kejayaan mengeluarkan graduan-graduan yang telah berjaya mendapat jawatan penting dalam industri.

Fakulti Pengurusan Perniagaan Kampus Raub ketika ini menawarkan dua program untuk lepasan SPM iaitu Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Pengajian Perbankan sejak permulaan Kampus Raub beroperasi iaitu pada bulan November 2015.

Sehingga November 2016, Fakulti Pengurusan Perniagaan Kampus Raub diketuai oleh seorang Ketua Pusat Pengajian dan mempunyai 29 pensyarah kanan dan pensyarah untuk mendokong dan menyokong program-program yang ditawarkan.

Visi

Untuk menjadi Fakulti Pengurusan Perniagaan yang cemerlang dan kompetitif di Malaysia serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk profesionalisme dalam perkhidmatan pendidikan, latihan, penyelidikan dan perundingan.

Misi

Fakulti Pengurusan Perniagaan akan mencapai kecemerlangan akademik berdasarkan kerja dan budaya yang berkualiti melalui:

  •        Menyediakan program bersepadu dengan kursus memenuhi keperluan industri dan negara.
  •      Pembangunan sumber manusia yang berkesan dan mampu memberikan perkhidmatan penyelidikan dan perundingan sehingga pengiktirafan peringkat antarabangsa.
  •      Melahirkan profesional dan graduan yang berdaya saing ke arah memenuhi keperluan industri melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Objektif

  • Melahirkan 50% graduan yang mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.
  • Memastikan penglibatan setiap pensyarah dalam penulisan dan penerbitan sekurang-kurangnya satu penulisan / penerbitan setiap tahun.
  • Penyertaan pensyarah di dalam pertandingan kreatif dan inovasi sekurang-kurangnya satu penyertaan daripada fakulti setahun.
  • Memastikan 60% pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

  Azniza binti Ahmad Zaini
Ketua Pusat Pengajian
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-351 5338
FaxNo : 09-356 1046
  Dr. Hasnizawati Binti Hashim
Koordinator Kursus Pengurusan
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-351 5351
FaxNo : 09-356 1046
   
Koordinator Kursus Ekonomi
E-mail : 
Phone No : 
FaxNo : 09-356 1046
  Elyani Binti Azer
Koordinator Kursus Keusahawanan

E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-351 5340
FaxNo : 09-356 1046