Religious Unit

  Ustazah Siti Yuhanis Suhani binti Ibrahim
  Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan

  Bahagian Hal Ehwal Islam, ACIS
  Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)

  Email :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  Phone No : 09-4602418
  Fax No : 09-4602455

 

Pengenalan
Pendidikan Islam mula diperkenalkan di UiTM pada tahun 1975 di bawah tanggungjawab unit pendidikan Islam. Pada tahun 1977 subjek tamadun islam menjadi subjek wajib bagi semua pelajar, oleh kerana permintaan yang meningkat di kalangan pelajar terhadap pengajaran pendidikan islam, unit pendidikan islam telah dipertingkatkan tanggungjawabnya kepada pusat pendidikan islam pada tahun 1983.

Pada tahun 2004, pusat ini telah distruktur baru menjadi Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (Center for Islamic Thought and Understanding-CITU) apabila ianya telah digabungkan dengan pusat Khidmat Nasihat Agama. Penstruktuan baru ini dapat memperkasa  dan memperkukuhkan program-program akademik yagn berorientasikan keislaman, selaras dengan hasrat universiti. CITU berperanan melahirkan graduan profesional, berkemahiran, berpengetahuan dan berpandangan jauh serta mempunyai daya saing dan ketahan yang tinggi bagi menghadapi dunia persaingan semasa.

Visi
Menjadi sebuah jabatan unggul yang menyediakan perkhidmatan Islam dan aktiviti kerohanian yang berkualiti dan professional demi pembangunan ummah.

Misi
Membangunkan modal insan terbilang berasaskan keutuhan iman, akhlak terpuji, nilai-nilai murni dan etika profesional.

Falsafah
CITU berkeyakinan bahawa setiap insan memerlukan nilai-nilai murni sebagai unsur kesempurnaan melalui pendidikan bersepadu demi kecemerlangan hidup.

Objektif

  • Membimbing dan memberi nasihat agama kepada pelajar, kakitangan dan masyarakat luar.
  • Menyediakaan program dan aktiviti keagamaan kepada seluruh kampus.
  • Memakmurkan serta mengimarahkan masjid dengan program-proram yang seragam.
  • Menawarkan kursus kokurikulum kerohanian untuk memenuhi keperluan dan kehendak universiti.
  • Bimbingan dan nasihat individu dan kelompok.
  • Mengajurkan seminar dan program pengukuhan rohani dan akhlak pelajar.
  • Menyelaras program-program pembangunan kerohanian.
  • Berusaha menghindarkan para pelajar dari terpengaruh dari aliran-aliran atau ajaran-ajaran yang bercanggah dengan nilai-nilai keislaman.
  • Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa kalangan para pelajar yang pada umumnya banyak bertitik-tolak dari kekurangan bimbingan agama dan pengetahuan agama.
  • Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelajar yang 'integrated' seimbang dengan pencapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian dalam usaha melahirkan keperibadian muslim yang luhur.

 


Please click the link to view the organization chart

-->