Nazila binti Marjan
  Pegawai Perubatan
  Unit Kesihatan
  Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
  Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  Phone No : 09-4602169
 Fax No : 09-4602455

 

 

Pengenalan
Unit Kesihatan UiTM Pahang telah memulakan operasinya yang dikendalikan oleh seorang Pembantu Perubatan (kontrak) pada Ogos 1993. Mula beroperasi sepenuhnya pada September 1993 dengan kelengkapan peralatan rawatan asas dan ubat-ubatan serta ditambah seorang lagi kakitangan iaitu Penolong Jururawat yang dipinjamkan sementara dari Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Ketika itu jumlah pelajar hanya 800 orang sahaja. Menjelang 2004 jumlah pelajar telah mencecah hampir 5000 orang. Kakitangan telah bertambah kepada 5 orang iatu terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Perubatan, seorang Jururawat Terlatih, seorang Penolong Jururawat dan seorang Pembantu Am Rendah. Sebuah ambulans telah diterima sumbangan dari Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.

Pada Julai 2005 Unit Kesihatan telah dilengkapkan dengan kemudahan makmal asas yang meliputi sebuah mesin pemeriksaan darah dan sebuah mesin pemeriksaan air kencing. Menjelang tahun 2008 kakitangan Unit Kesihatan terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan, seorang Pembantu Pegawai Perubatan, dua orang Jururawat Terlatih, seorang Pembantu Farmasi, seorang Jururawat  Masyarakat dan seorang Atendan Kesihatan. Sebuah ambulans baru juga telah diterima dari pihak pengurusan UiTM Pahang bagi  menggantikan ambulans lama yang telah uzur. Pada Ogos 2009 perkhidmatan kesihatan dimantapkan dengan perlantikan seorang pemandu ambulans kontrak. Pada Januari 2010 Unit Kesihatan menerima seorang lagi staf iaitu Pembantu Tadbir Gred N17.

Visi
Untuk menjadikan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer yang setaraf dengan negara maju.

Misi
Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada warga UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktivit pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM.

Objective
Untuk menjadikan Unit Kesihatan sebagai sumber perkhidmatan kesihatan yagn cemerlang kepada pelajar dan staf selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Berdasarkan kepada falsafah, visi dan misi bahagian, Unit Kesihatan telah menyusun strategi untuk berperanan sebagai pusat perkhidmatan kesihatan yang cemerlang melalui :-

 

  • Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar dan staf UiTM mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari masa ke semasa.
  • Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar dan staf UiTM selaras dengan skim perkhidmatan kesihatan.
  • Pengurusan rekod kesihatan dan maklumat kesihatan pelajar dan staf UiTM dengan memastikan bahawa ianya sentiasa dikemaskini dan betul.
  • Amalan penghasilan kerja yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti.
  • Pengwujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamakan kesihatan.
  • Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan berkesan.
  • Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga UiTM Pahang.

Client Charter
Kami beriltizam untuk berusaha memastikan:

  • Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional.
  • Perkhidmatan yang mesra, segera dan bertanggungjawab.
  • Persekitaran klinik yagn bersih, selamat dan kondusif.
  • Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang berterusan.

Objektif Kualiti

  • 90% pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit kesihatan mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  • 95% pesakit berpuashati dengan perkhidmatan perubatan yang diberikan

 


Please click the link to view the organization chart

-->