Culture Unit

  Norshasila binti Kalam
  Penolong Pegawai Kebudayaan
  Unit Kebudayaan
  Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
  Email :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  Phone No : 09-4602151
  Fax No : 09-4602455


 

Pengenalan
Unit Kebudayaan bertanggngjawab untuk mengendalikan dan merancang kegiatan kebudayaan dan kesenian pelajar khasnya dan warga kampus amnya. Fungsi utamanya memberi pendidikan seni ke arah melahirkan insan berkeperibadian mulia dan tinggi peradaban melalui kegiatan kebudayaan.

Sejajar dengan matlamat Universiti untuk mengeluarkan para siswazah yang serba berkebolehan, pihak Bahagian Ehwal Pelajar telah memberi perhatian terhadap kegiatan-kegiatan kebudayaan dan kesenian. Adalah menjadi harapan Universiti semoga dengan adanya kegiatan-kegiatan kebudayaan dan kesenian, masyarakat kampus dapat berdampingan rapat bagi mewujudkan satu masyarakat yang berharmonis.

Visi

Memastikan keperluan-keperluan pelajar yang berkaitan dengan aktiviti, penubuhan persatuan, kursus, kemudahan penginapan, penyediaan makanan, kemudahan tempat riadah, kokurikulum dan kebajikan pelajar diutamakan.

Membimbing dan mendidik pelajar serta memupuk semangat kekitaan di kalangan mereka supaya dapat membentuk keperibadian yang sihat dan progresif serta bersikap positif. Untuk mencapai matlamat ini, kurusus-kursus dan bengkel-bengkel serta forum diadakan.

Memastikan perhubungan kakitangan kami dengan pelajar didalam keaddan baik terutama dari  segi menerima/menyelesaikan masalah, kesulitan yang dihadapi serta memberi pendapat yagn diperlukan dan juga sebagai penasihat ke atas sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar. Memastikan segala maklumat yang diperlukan adalah ketetapan dan lengkap.

Objektif
Bagi mencapai visi dan misi tersebut, Bahagian HEP & Alumni menggariskan tiga objektif berikut :-

 

  • Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
  • Merangka dan melaksanakn program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, menepati ciri-ciri model graduan UiTM.
  • Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan masa kini sejajar dengan dasar negara.

 

Client Charter
Unit kebudayaan dengan ini, memberi perkhidmatan terbaik dan cekap kepada pelajar dan kakitangan UiTM serta masyarakat luar amnya : -

  • Mengadakan aktiviti persembahan/pameran untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Memberi layanan yang mesra dan saksama kepada semua pelanggan Unit Kebudayaan UiTM.
  • Memberi khidmat nasihat dalam bidang seni budaya.
  • Memberi pinjaman pakaian tarian, peralatan muzik & props kepada pelajar dan staf UiTM.
  • Penawaran khidmat kepakaran yang berkualiti.

Please click the link to view the organization chart

-->