PENGURUS ASRAMA KOLEJ KEDIAMAN

Muhamad Faizal Abd Karim
Pengurus Asrama
Kolej Kediaman Siswi (Kolej Tun Teja)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)

E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Phone No : 09-4602367
Fax No : 09-4602455
Ahmad Zairiee bin Mohd Nasir
Pengurus Asrama

Kolej Kediaman Siswa (Kolej Dato' Bahaman)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)


E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-4602417
Fax No : 09-4602455
Rosenani binti Sidek
Pengurus Asrama

Kompleks Kediaman Siswi (Kolej Tun Fatimah)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)


E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone No : 09-4602187
Fax No : 09-4602455

 

Kolej Kediaman Siswi

Kolej Kediaman Siswi mempunyai dua buak blok bangunan, iaitu Blok A (Blok Anggerik) dan blok B (Blok Cempaka). Kedua-dua blok bangunan ini mampu menampung pelajar seramai 1008 orang. Kolej Kediaman sisiwi juga mempunyai 3 buah 'Laman Makmur' yang mapu menempatkan 56 orang pelajar.

Kolej kediaman Siswi menempatkan pelajar-pelajar dari program :-

 

  • Diploma Pengurusan Ladang (AS110)
  • Diploma Indudtri Teknologi Perkayuan (AS117)
  • Diploma sains (AS120)
  • Diploma Pengurusan Perniagaan (BM111)
  • Diploma Pengurusan Perbankan (BM112)
  • Pasukan beruniform Kesatria

 

Jika masih ada kekosongan selepas diisi oleh enam senarai diatas, ia akan diisi dengan pelajar yang berjaya memohon rayuan kolej dan pelajar Ijazah dengan persetujuan Timbalan Rektor Kampus Hal Ehwal Pelajar atau Pengurus Asrama.

Unit Pengursan Kolej Siswi berperanan bagi menyediakan dan menguruskan kebajikan, keselesaan penginapan dan kemudahan pembelajaran pelajar-pelajar di Kolej Kediaman Siswi. Pejabat Unit Pengurusan Kolej dibuka bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja. Selepas waktu pejabat, sebahagian daripada peranan Unit Pengurusan Kolej akan diambil alih Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP). Kakitangan UiTM yang bertugas di Unit Pengurusan Kolej Siswi adalah seperti berikut :-

  • En. Muhamad Faizal Abd Karim - Pengurus Asrama
  • Cik Siti Zawiyah Idris - Penolong Pengurus Asrama
  • Cik Siti Nasuha Amiron - Penolong Pengurus Asrama
  • Pn. Wan Norizam Awang - Penyelia Asrama Tingkatan Kanan
  • Pn. Hamidah Ahmad - Penyelia Asrama
  • Pn. Intan Nazirah Dzulkifli - Pembantu Am Pejabat


Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP)
PPP Kolej berperanan membantu pengurusan kolej kediaman bagi menjaga kebajikan dan mengendalikan program pembangunan dan kepimpinan pelajar kepada penghuni yang menginap di kolej kediaman. Kelayakan untuk memohon PPP adalah terbuka kepada semua kakitangan akademik yang berjawatan tetap dan kakitangan pentadbiran dari kumpulan A dan B.

PPP diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan :-

  • Kebajikan pelajar dibawah kawalan mereka dipelihara dengan baik.
  • Aktivti pembagunan pelajar dibawah kawalan mereka dapat dilaksanakan dengan baik
  • Dasar-dasar, Misi dan Visi Bahagian HEP dan Universiti dapat dibantu.

 

Kemudahan yang ada disediakan di Keloj kediaman Siswi
Blok A

  • Bilik komputer (Sudut IT)
  • Bilik gerakan pelajar
  • Bilik belajar (bilik bacaan)
  • Keseluruhan blok adalah kawasan capaian WiFi
  • 1 Bilik Laman Makmur (Dorm)
  • 2 sudut menonton TV
  • Telefon awam


Blok B

  • Bilik belajar (bilik bacaan)
  • Bilik membasuh pakaian (coin-operated machine)
  • Surau kolej
  • 2 Bilik Laman Makmur (Dorm)
  • Ruang menonton TV
  • Keseluruhan blok adalh kawasan capaian WiFi.

Peraturan kolej
Peraturan Kolej Kediaman UiTM Pahang ada ditampal disetiap bilik-bilik pelajar. Peraturan ini dibuat dengan harapan dapat memenuhi misi, visi dan objektif Universti dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Peraturan Kolej Kediaman lebih menekankan:

  • Pematuhan dan penghayatan nilai-niilai yang dituntut oleh agama Islam.
  • Keterampilan dan penglibatan penghuni kolej di dalam mengisi tuntutan pembelajaran dan insaniah.
  • Pengembangan suasana ilmu, peningkatan mutu, penglibatan dan keterampilan mahasiswa secara bersepadu dalam mengisi tuntutan pembelajaran.

Mission
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat.

Vision
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Philosophy
Kepercayaan bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun dunia secara terbuka, serta pemidahan dan penerapan nilai-nilai islam, boleh berperanan dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Objektif

  • Mengendalikan program pendidikan di peringkat separa professional dan professional sesuai dengan keperluan gunatenaga manusia, terutama dalam bidang sains dan teknologi, perniagaan dan pengurusan.
  • Menanam sikap positif dan membentuk keperibadian mulia menerusi pendedahan kepada ilmu pengetahuan serta penghayatan terhadap islam.
  • Membimbing dan melantik belia-belia bumiputera yang kurang bernasib baik agar mereka lebih bersedia menghadapi persaingan dunia pekerjaan, sanggup berdikari dan lebih berani menjadi agen perubahan dalam sebuah masyarakat majmuk.

Client Charter
Sesungguhnya kami dengan ini akan berusahah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan cekap kepada pelajar dan kakitangan UiTM serta masyarakat luar amnya. Kami berjanji :-

  • Menjanjikan peluang pembangunan pelajar.
  • Menyedikan dan mempertingkatkan kemudahan fizikal yang kondusif untuk melancarkan proses pembelajaran penghuni kolej kediaman.
  • Memastikan penghidupan di kolej kediaman selamat dan harmoni.
  • Memberi layanan mesra dan penuh tanggungjawab ketiak berurusan dengan pelanggan.
  • Menyediakan kemudahan penginapan dan makanan yang seimbang, menepati 'standard' universiti dan berkualiti.
  • Meluluskan permohonan pelajar yagn layak untuk menginap di kolej kediaman mengikut kapasiti semasa.
  • Memastikan persekitaran kolej kediaman sesuai untuk penginapan dan pembelajaran selaras dengan dasar persekitaran UiTM.
  • Mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan pentadbiran di kaunter pejabat kolej:
  • Melayan urusan di kaunter tidak melebihi 5 mint.
  • Meluluskan permohonan pinjamn dalam tempoh 1 hingga 24 jam.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan rasmi dalam masa 1 hingga 24 jam.
  • Memberikan maklum balas terhadap aduan/cadangan dalam tempaoh 1-5 hari bekerja

 


TBA


TBA


Kolej Kediaman Siswi
Please click the link to view the organization chart

Kolej Kediaman Siswa
Please click the link to view the organization chart

Kompleks Kediaman Siswi
Please click the link to view the organization chart

-->