Quality Management Unit (InQKA)

Pengenalan

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) wujud bagi merealisasikan hasrat Naib Canselor UiTM, Y.Bhg Prof Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah yang telah menyuarakan hasrat beliau untuk menubuhkan sebuah badan bagi meneruskan usaha-usaha penambahbaikan dan peningkatan keupayaan dalaman UiTM. Hasrat itu juga bertujuan untuk menjajarkan strategi 21 UiTM sebagai sebuah universiti Bumiputera yang unggul.

InQKA UiTM Pahang atau kenali sebagai Unit Kualiti UiTM Pahang ditubuhkan bagi mengurus proses-proses kualilti, di antaranya melalui audit kualiti dan latihan ke arah kualiti pengurusan UiTM Pahang. Keutamaan diberi kepada kecemerlangan UiTM Pahang melalui penandaras dan amalan pengurusan terbaik serta memastikan penambahbaikan berterusan melalui perlaksanaan audit kualiti. Unit Kualiti juga mengetuai gerakan kualiti melalui pensijilan ISO 9000:2000 UiTM Pahang.

Misi
Menyokong misi UiTM dalam mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang melalui pembudayaan dan penghayatan pengurusan berkualiti dan pengembangan ilmu berteraskan nilai-nilai murni ke arah meningkatkan tahap profesionalisme dan kecemerlangan di persada antarabangsa.

Visi
Menjunjung aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah universiti unggul melalui penerajuan dalam inisiatif-inisiatif pengurusan kualiti dan pengembangan ilmu kearah universiti bertaraf dunia.

 

Muat Turun

No form name
1 Quality Manual/Manual Kualiti UiTM Pahang
2 Document ISO Operations/Dokumen ISO Operasi UiTM Pahang (controlled document)
3 ISO Document Management/Dokumen ISO Pengurusan UiTM Pahang (controlled document)
4 5S UiTM Pahang
6 Self Review Portfolio (SRP)
7 Self Review Report (SRR)
8 Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) UiTM Pahang

 

Organization Chart
Sila Klik link untuk melihat [ carta organisasi ]

 

Photo Gallery

Galeri Gambar Aktiviti InQKA [ klik disini ]

 

ISO
Apa itu ISO?
ISO merujuk kepada Intrernational Organisation for Standardational. Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negeri masing-masing.Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9000 kini digunakan dilebih 150 buah negara di dunia. Laman web ISO: http://www.iso.ch/iso/en/ISOOnline.frontpage

ISO 9000
ISO 9000 adalah standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kualiti dalam ISO ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengilut kehendak pelanggan.

Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan, selamat,, bersih dan berkualiti. ISO 9000 berasaskan dokumentasi.-Dokume apa yang dibuat, buat apa yang didokumenkan dan buktikan. ISO 9000 menekankan pencegahan.

 

Amalan Persekitaran 5S
Ke Arah Pembudayaan Amalan 5S
Pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S yang berterusan adalah amat penting bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Untuk tujuan tersebut semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan UiTM Pahang adalah diwajibkan untuk melaksanakan amalan persekitaran 5S yang berkualiti dan berdaya saing serta mempunyai semangat yang tinggi dalam memastikan setiap usaha penambahbaikan dilakukan secara berterusan demi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Dasar 5S UiTM Pahang
Semua warga UiTM Pahang adalah komited dalam mengamalkan persekitaran berkualiti 5s untuk menjamin kebersihan, keceriaan, keselesaan dan keselamatan melalui inovasi serta kerjasama yang jitu dalam meningkatkan kualiti, produktiviti dan menjamin kepuasan pelanggan yang berterusan.

Kempen 5S

Senarai Kumpulan 5S UiTM Pahang

 

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
Apa itu KIK

  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
  • KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 dan membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja
  • Bermula tahun 2006 KIK telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf
  • Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya menyelesaikan masalah jabatan tetapi juga penambahbaikan proses yang sedia melalui pengimplementasian proses, produk atau perkhidmatan baru
  • KIK selaras dengan strategi pembangunan ekonomi negara untuk melahirkan staf yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing

Ini seterusnya akan merealisasikan hasrat UiTM sebagai sebuah universiti penyelidikan berasaskan keusahawanan (IERU) serta universiti bertaraf dunia menjelang 2020

Objektif KIK

  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada KIK membuat persembahan projek
  • Menyediakan peluang untuk KIK berjumpa, berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai kaedah terbaik mengenai inisiatif penambahbaikan secara berterusan
  • Menyakin bahawa KIK adalah salah satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan UiTM

Sumber : http://kik.uitm.edu.my/

Abstrak KIK UiTM Pahang (2008-2012)

 

 

Tahun Aktiviti/Pencapaian
2010
2011
2012

 

2013

 

 

Quality Management Unit

Mohd Norafizal Bin Abd. Aziz
Ketua
Unit Pengurusan Kualiti (InQKA)
Email : mnorafizal@pahang.uitm.edu.my

Phone No : 09-4602260
Fax No : 012-9595624