Plantation Management Unit

Introduction

Unit Pengurusan Ladang (UPL) UiTM Pahang telah ditubuhkan pada bulan April 1988 di Kampus Kuantan bagi tujuan untuk menyokong Kursus Diploma Pengurusan Ladang (DPIM). Unit Pengurusan Ladang bertanggungjawab menyediakan tempat bagi latihan praktikal dan tapak penyelidikan untuk pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar DPIM.

UiTM Pahang telah diperuntukan tanah seluas 1000 ekar di Mukim Chenor, Daerah Maran di Bandar Jengka. Maka Pada bulan Oktober 1991, Unit Pengursan Ladang telah memulakan operasinya. Seluas 500 ekar tanah telah diperuntukan bagi pembangunan aktiviti perladangan.

Pembangunan Ladang
Fasa pembangunan Ladang adalah seperti berikut :-
Fasa 1 : Ogos 1991 (Tapak Semaian)
Fasa 2 : November 1992 (Ladang Buah-Buahan)
Fasa 3 : Febuari 1996 (Ladang Kepala Sawit/Getah)
Fasa 4 : Tahun 2000 (Taman Herba)

Berdasarkan kepada peranannya sebagai menyokong Kursus DPIM (Niche Area, UiTM Pahang), UPL telah menyusun strateginya dalam membangunkan ladang buah-buahan, ladang kelapa sawit, ladang getah, jati/sentang, 'share farm' dan taman herba serta ternakan lembu dalam membantu menyediakan keperluan latihan bagi pelajar-pelajar DPIM.

Sumber Manusia
Kakitangan unit Pengurusan Ladang terdiri daripada :
Kakitangan             Bilangan
Pengurus Ladang         1 orang
Penolong Pengurus Ladang     1 orang
Pembantu Pertanian Kanan     1 orang
Pembantu Pertanian         2 orang
Penyelenggara Stor         1 orang
Pembantu Tadbir         1 orang
Pemandu/OJP Kanan         1 orang
Pemandu/OJP             2 orang
Pekerja Awam Tingkatan Kanan      3 orang
Pekerja Awam             8 orang
Jumlah                 21 orang

Vision
Unit Pengurusan Ladang sebagai unit sokongan kurusus DPIM mempunyai visi untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, inovatif, kompetitif, bertanggungjawab dan cekap unutk menerajui pembangunan pertanian negara.

Mission
Unit Pengurusan Ladang sebagai makmal pelajar menjanjikan kepelbagaian aktiviti pertanian dan perladangan bagi meningkatkan pengetahuan melalui proses pembelajaran dan penyelidikan untuk pelajar DPIM sebagai 'Niche Area' di UiTM Pahang.

Objective

  • Menyediakan ladang sebagai makmal pelajar dan pensyarah DPIM dalam penyediaan latihan praktikal dan penyelidikan.
  • Memperlengkapkan segala peralatan, kemudahan dan perkhidmatan pertanian agar dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti.
  • Membangunkan pengurusan sumber manusia dalam melahirkan kakitangan yagn berilmu, berinovasi dan cekap.
  • Mewujudkan kerjasama pertanian dengan lain-lain agensi pertanian bagi tujuan penyelidikan (R & D).
  • Menjadikan ladang sebagai pusat sumber pengembangan pertanian kepada masyarakat sekitar.

 

Client Charter
Siswa & Siswi
Unit Pengurusan Ladang menjanjikan :

  • Kemudahan tempat menjalan latihan praktikal bagi pelajar-pelajar DPIM untuk peningkatan ilmu dan pengalaman.
  • Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan pertanian.
  • Layanan mesra dan bertanggungjawab melalui perkhidmatan yang berkuaiti.

Staf
Unit Pengurusan Ladang menjanjikan:

  • Kemudahan perlaksanaan kerja yang kondusif dan memuaskan.
  • Memberiakn latihan serta peluang bagi peningkatan diri dan kerjaya.
  • Layanan mesra dan bertanggungjawab melalui perkhidmatan berkualiti.

Masyarakat Luar
Unit Pengurusan Ladang menjanjikan :

  • Kemudahan sumber maklumat pengembangan pertanian
  • Layanan mesra dan bertanggungjawab melalui perkhidmatan berkualiti.

Agensi / Industri
Unit Pengurusan Ladang menjanjikan :

  • Kemudahan perjanjian persefahaman (MOU) dalam industry dan penyelidikan pertanian.
  • Layanan mesra dan bertanggungjawab melalui perkhimatan berkualiti.

 


Please click the link to view the organization chart

-->

Plantation Management Unit

 

 

 

 

Khairul Bakri bin Mat Junos
Pengurus Ladang

Unit Pengurusan Ladang

E-mail 1 : kuplphg@pahang.uitm.edu.my
E-mail II : khairulbakri@pahang.uitm.edu.my