Rector Office

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat.

Falsafah

Kepercayaan bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun dunia secara terbuka, serta pemidahan dan penerapan nilai-nilai islam, boleh berperanan dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Objektif

  • Mengendalikan program pendidikan di peringkat separa professional dan professional sesuai dengan keperluan gunatenaga manusia, terutama dalam bidang sains dan teknologi, perniagaan dan pengurusan.
  • Menanam sikap positif dan membentuk keperibadian mulia menerusi pendedahan kepada ilmu pengetahuan serta penghayatan terhadap islam.
  • Membimbing dan melantik belia-belia bumiputera yang kurang bernasib baik agar mereka lebih bersedia menghadapi persaingan dunia pekerjaan, sanggup berdikari dan lebih berani menjadi agen perubahan dalam sebuah masyarakat majmuk.
Siswa/Siswi
UiTM Pahang menjanjikan :-

  • Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian bagi tujuan peningkatan ilmu
  • Program pembangunan diri setiap pelajar
  • Bertindak terhadap aduan serta cadangan yang bersesuaian
  • Peluang peningkatan dan penghadaman ilmu
  • Layanan mesra dan bertanggungjawab
  • Perkhidmatan yang berkualit


Staf
UiTM Pahang menjanjikan :-

  • Kemudahan dalam menjalankan tugas
  • Bertindak terhadap aduan serta cadangan yang bersesuaian
  • Menggalak program peningkatan diri dan kerjaya
  • Menggalak usaha penyelidikan, perundingan dan penulisan
  • Layanan mesra dan bertanggungjawab
    Perkhidmatan yang berkualiti
Ibu Bapa Dan Masyarakat Luar
UiTM Pahang menjanjikan :-

  • Layanan mesra dan bertanggungjawab
  • Bertindak terhadap aduan secara cadangan yang bersesuaian
  • Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar sewaktu di kampus
  • Program pembangunan diri bersepadu untuk pelajar
  • Perkhidmatan berkualiti

Majikan dan Industri
UiTM Pahang menjanjikan :-

  • Lulusan yang memenuhi kriteria tahap dan bidang
  • Khidmat layanan kepakaran yang tepat
  • Layanan mesra dan bertanggungjawab

Rector Office

 

 

 

 

 

 

 

 






Y. Bhg Prof. Dr. Mohd Nazip Suratman

Rektor Kampus UiTM Cawangan Pahang

   Email : rektorphg@pahang.uitm.edu.my