Bursary

Sejarah Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA Pahang bermula dengan penubuhan kampus sementaranya di Kuantan (sebelum ini dikenali Institut Teknologi MARA Cawangan Pahang). Kampus sementara ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang pada ketika itu, iaitu Dato' Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 1 Januari 1985, bertempat di Bangunan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (DARA) Jalan Telok Sisek, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Penubuhan kampus ini adalah selaras dengan daya usaha para penggerak dan perancang akademik ITM yang diketuai oleh Dato' Mansor Othman selaku Pengerusi Majlis ITM dan Datuk Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid, Pengarah ITM.

Serentak dengan penubuhan kampus sementera tersebut maka, di kenali dengan nama Bahagian Kewangan pada masa itu, Pejabat Bendahari Pahang telah diwujudkan dan ditempatkan Tingkat 1, Bangunan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Jalan Telok Sisek, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Kerja Akaun dan dibantu oleh seorang Penyelenggara stor yang berfungsi mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti kewangan institut, pelajar dan staf.

Bermula daripada itu, fungsi dan peranan Pejabat Bendahari semakin berkembang dan mencabar dan, selaras dengan perkembangan tersebut jumlah staf Pejabat Bendahari turut bertambah serta silih berganti sepanjang tahun. Kini Pejabat Bendahari Pahang telah diketuai oleh seorang berpangkat Timbalan Bendahari dan dibantu seramai 27 orang staf pelbagai jawatan. Bermula dengan hanya 2 orang staf, kini Pejabat Bendahari Pahang terbahagi kepada 2 iaitu Kampus Jengka yang terdiri daripada 5 unit yang masing-masing diketuai seorang berpangkat Penolong Akauntan dan Kampus Kuantan yang diketuai oleh seorang Penolong Bendahari dan Penolong Akauntan.

Sejajar dengan perpindahan Kursus Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) ke Kampus Tetap di Bandar Jengka, Maran, Pahang pada tahun 1992, Pejabat Bendahari telah memulakan operasinya dengan menempatkan 5 orang Pegawai Kerani bagi menguruskan keperluan pelajar dan stafnya di Bandar Jengka. Pada bulan November 1993, Unit Pengurusan Bekalan telah mula beroperasi sepenuhnya di Kampus Tetap, Bandar Jengka dan diikuti secara berperingkat-peringkat oleh unit-unit lain di Pejabat Bendahari.

Pada tanggal 1 Januari 1994, Pejabat Bendahari UiTM Pahang telah beroperasi sepenuhnya di Kampus Tetap ITM Pahang, Bandar Jengka dan ditempatkan di Aras 2, Bangunan Ibnu Khattab, ITM Pahang yang kini dikenali Bangunan Pentadbiran.

Bursary

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pn Zabedah Abd Karim
Timbalan Bendahari

   Email I: tbendahariphg@pahang.uitm.edu.my

   Email II: zabedah@pahang.uitm.edu.my

   Web : https://pahang.uitm.edu.my/bursary2/