Pendidikan Islam mula diperkenalkan di Universiti ini (ketika mula ditubuhkan dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA-Maktab RIDA-Institut Teknologi MARA dan kemudiannya diisytiharkan sebagai Universiti pada 26 Ogos 1999) pada 1975 di bawah Unit Pendidikan Islam. Pada 1977, kursus Tamadun Islam mula diperkenalkan sebagai kursus wajib bagi semua program di Universiti. Unit tersebut dipermantapkan kepada sebuah pusat pengajian, dikenali sebagai Pusat Pendidikan Islam pada 1 April 1983 dengan lebih 40 kursus pendidikan Islam diperkenalkan di samping kursus Tamadun Islam.

Tanggal 13 Januari 2004, Pusat Pendidikan Islam telah diisyitiharkan ole Dato' Seri Naib Canselor sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) di bawah seliaan seorang Pengarah dengan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah yang dipertanggungjawabkan dengan aspek akademik dan non-akademik. CITU adalah gabungan Pusat Pendidikan Islam (PPI) dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama (non-akademik) di mana semua aktiviti keislaman Universiti ditadbir di bawah satu bumbung dengan berpusat di Pusat Islam universiti. Penubuhan CITU selaras dengan hasrat UiTM muncul sebagai World Class University serta gedung ilmu terulung dan terunggul.

 

Coordinator - Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)

Dr. Norhapizah Mohd Burhan
Koordinator Kursus
CITU/Akademik
E-mail : izahuiaum@pahang.uitm.edu.my

 

Wan Azmi Wan Ahmad
Ketua Unit Zakat

E-mail : wanazmi@pahang.uitm.edu.my

Head Of Schools - Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)

 

 

Dr. Mohd Kamal Azman Bin Jusoh

Ketua Pusat Pengajian
Email : mkamalazman@pahang.uitm.edu.my

Phone No. : 09-460 2388
Fax No : 09-460 2455