Tempat Menarik di Sekitar Bandar Pusat Jengka

Jengka Wonderland

Taman Tema Air Yang terletak di Bandar Jengka, Pahang (Bersebelahan JPJ Jengka), 2 jam dari bandaraya Kuala Lumpur dan Kuantan. Dibuka setiap hari kecuali Khamis (Buka setiap hari pada hari Cuti Umum & Cuti Sekolah. Pelbagai permainan dan aktiviti boleh dilakukan. Sesuai untuk seisi keluarga. Hanya 1.9km dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Website

Rabbitland Jengka

Mini Zoo yang menjadi tempat rekreasi keluarga terdapat pelbagai spesis haiwan yang jinak dan mesra yang terletak di Jalan Besar Jengka 14. Hanya 6.8km dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Website

Taman Awam Jengka

Taman Awam ini digunakan oleh penduduk Jengka untuk beriadah dan rekreasi.

Mydin Mall Jengka

Pusat membeli belah yang bandar jengka yang menawarkan pelbagai jenis barangan & makanan sesuai untuk semua.

Kinabalu Hill, Jengka 12

Sebuah bukit yang kini dikenali Kinabalu Hill yang terletak di Jengka 12, Maran menjadi tarikan baru orang di kawasan sekitar. Untuk ke Jengka 12 ia mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai. Ia merupakan sebuah bukit yang mempunyai pemandangan yang indah dan sesuai untuk riadah bersama keluarga, ketinggian bukit 145 meter dan boleh didaki pada waktu pagi untuk melihat matahari terbit dan petang.

PSKK UiTM dengan kerjasama UiTM Cawangan Pahang