Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU)

This image for Image Layouts addon


Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU)

Universiti Teknologi MARA sentiasa komited terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) sama ada terdiri daripada pelajar, kakitangan mahupun anak kakitangan UiTM. Bagi memastikan kebajikan warga UiTM kurang upaya mendapat manfaat yang diperuntukan oleh pihak kerajaan, Unit Perhubungan Orang Kurang Upaya (UPO) telah ditubuhkan pada 1hb November 2019 yang bernaung di Pejabat Naib Canselor.

Memenuhi dan menjaga hak warga OKU untuk mendapatkan akses penuh kepada sistem Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan kehidupan di UiTM. Selain daripada meningkatkan kesedaran mengenai hak dan isu berkaitan OKU kepada semua warga OKU UiTM, unit ini juga ditubuhkan untuk memperkasakan daya saing warga OKU secara holistik UiTM.
Penyelaras Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU)Dr. Rasyad Afif bin IbrahimEmail : rasyad@uitm.edu.my
Phone No : 09 - 460 2000

Objektif penubuhan unit ini adalah bagi menyelaras pengurusan warga OKU di semua peringkat pentadbiran dalam UiTM.

TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebar maklumat pegawai tanpa kebenaran