Program Wakaf Buku: “Gift of Reading 3.0”

Image
Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat pada 17 Ogos 2022 bersama murid-murid SK (LKTP) Jengka 21, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari ke-4 iaitu untuk memastikan kualiti pendidikan terangkum dan sama rata, serta meningkatkan lagi peluang pendidikan sepanjang hayat kepada semua.

Program Wakaf Buku: “Gift of Reading 3.0” yang bakal diadakan ini bertujuan untuk memupuk minat membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris sekaligus mewujudkan platform membaca bahan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SK (LKTP) Jengka 21.

Sehubungan dengan itu, APB mengambil inisiatif murni untuk mengumpul bahan bacaan Bahasa Inggeris terpakai untuk diwakafkan kepada pihak sekolah SK (LKTP) Jengka 21, bermula pada Jumaat, 5 Ogos 2022 sehingga 15 Ogos 2022 jam 6 petang. Bahan bacaan yang ingin diwakafkan boleh diletakkan ke dalam kotak yang telah disediakan di Bilik Rehat Pensyarah (BRP) di Blok Al-Ghazali atau Tuan/Puan boleh berhubung terus dengan Pn. Khairunisa Nikman (Koordinator APB) di talian 011-19999914 atau berjumpa terus dengan beliau di bilik L2-10.


Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat, khususnya murid-murid SK (LKTP) Jengka 21. Segala perhatian dan Kerjasama daripada semua amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.