Program Wakaf Buku: “Gift of Reading 2.0”

Program Wakaf Buku: “Gift of Reading 2.0” merupakan sebuah program anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka yang berteraskan dua okjektif utama iaitu untuk memupuk minat membaca bahan bacaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah di sekitar Jengka sekaligus mewujudkan platform program membaca bahasa Inggeris bagi murid-murid ini.

Majlis Serahan Buku dan aktiviti ‘Virtual Reading Aloud’ secara maya merupakan dua agenda utama program. Aktiviti yang akan berlangsung pada 12 November ini mensasarkan penglibatan murid-murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Desa Jaya. Berpaksikan kepada Matlamat Pembangunan Lestari ke-4 (Pendidikan Berkualiti), diharapkan agar program khidmat masyarakat ini dapat memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Desa Jaya, Bandar Jengka.
Image
Image