Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara Universiti Teknologi MARA (Malaysia) dan Universitas Halu Oleo (Indonesia) secara maya

Image
Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri dengan kerjasama Jawatankuasa Pengantarabangsaan UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara Universiti Teknologi MARA (Malaysia) dan Universitas Halu Oleo (Indonesia) secara maya pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 27 September 2021 (Isnin)
  • Masa : 10.00 hingga 11.30 pagi
  • Medium : Facebook Rasmi UiTM Cawangan Pahang

Sehubungan itu, semua warga UiTM Cawangan Pahang dijemput hadir bagi menyaksikan siaran langsung yang akan dijalankan secara atas talian dengan melayari Facebook Rasmi UiTM Cawangan Pahang.

Segala kerjasama dan keprihatinan seluruh warga UiTM Cawangan Pahang amatlah dihargai bagi menjayakan program ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.