Ekspo Maya Selangkah ke UiTM 2021!

Image
Ekspo yang julung-julung kalinya diadakan secara maya dalam norma baharu seperti butiran berikut:

Tarikh : 13 dan 14 Jun 2021
Masa :  8.30 pagi - 5.00 petang
Platform :  YouTube UiTM Channel (https://youtu.be/UhGof3LP9k0)


Ekspo Maya Selangkah ke UiTM 2021 akan dirasmikan oleh
YBhg. Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Menjalankan fungsi Naib Canselor UiTM.

Pada masa yang sama, Bahagian Pengambilan Pelajar juga akan menyampaikan taklimat lanjut mengenai syarat-syarat kemasukan dan penawaran program-program di UiTM.

Bakal mahasiswa dan orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan program-program yang ditawarkan oleh fakulti-fakulti di UiTM. UiTM menawarkan lebih daripada 498 program akademik di kampus-kampus UiTM seluruh negara.

Jangan lepaskan peluang dan mari sama-sama kita sertainya.
Jumpa anda di Ekspo Maya Selangkah ke UiTM 2021!
Image