PROGRAM INFAQ BERBUKA PUASA (IFTAR RAMADHAN) PUSAT ISLAM (MASJID UWAIS AL-QARNI) UiTM PAHANG 2021M/1442H

Image

PROGRAM INFAQ BERBUKA PUASA (IFTAR RAMADHAN) PUSAT ISLAM (MASJID UWAIS AL-QARNI) UiTM PAHANG 2021M/1442H

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam , sekali lagi akan melaksanakan PROGRAM INFAQ BERBUKA PUASA (IFTAR RAMADHAN) PUSAT ISLAM (MASJID UWAIS AL-QARNI) UiTM PAHANG 2021M/1442H.
Ini berikutan hasil daripada penglibatan dan sokongan yang amat menggalakkan dari warga UiTM Cawangan Pahang terhadap program ini pada tahun-tahun sebelum ini. Maklumat berkenaan program adalah seperti ketetapan berikut :
  • MASA : Berbuka puasa sepanjang Ramadhan (25 hari) - (13 APRIL 2021 sehingga 7 MEI 2021)
  • TEMPAT : Masjid Uwais Al-Qarni
  • SASARAN PELAJAR : 300 pelajar (satu malam)
  • ANGGARAN PERBELANJAAN : 300 pelajar x RM 6.00 = RM 1800.00 (satu malam)
  • HARGA SATU LOT : RM 600.00
  • ANGGARAN KESELURUHAN : RM 45,000.00
Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Prof./Prof. Madya Dr./tuan/puan bagi menjayakan program ini, pihak kami berbesar hati menjemput Y.Bhg. Prof./Prof. Madya Dr./tuan/puan menyertainya dengan berINFAQ sepertimana yang telah diterangkan pada kenyataan diatas.
Pihak kami juga menerima berapa sahaja sumbangan ikhlas yang diberikan mengikut kemampuan. Program INFAQ ini juga boleh disertai melalui Fakulti,Bahagian,unit-unit mahupun secara perseorangan. Kaedah pembayaran adalah seperti berikut :
KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI SAHAJA
  • Boleh dibayar melalui IBG
  • Rujukan transaksi : IFTAR RAMADHAN - NAMA PENYUMBANG (Bank Islam Malaysia Berhad : 06037010020033)
  • Bayaran secara debit/kredit kad di Kaunter Pejabat Bendahari
  • Sekiranya tuan/puan sudah membuat bayaran sila isi link di bawah sebagai makluman pihak urusetia https://forms.gle/r8HaRayvLBP44mGd9
Segala kerjasama dan komitmen pihak Y.Bhg. Prof./Prof. Madya Dr./tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi)
#UHEIUiTMCPh
#BudayaKerjaBerimpak
#IhyaRamadhan2021