e-Majlis Menandatangani Surat Perjanjian Persefahaman (Letter of Understanding, LoU) di antara UiTM Cawangan Pahang dan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

 e-Majlis Menandatangani Surat Perjanjian Persefahaman (Letter of Understanding, LoU) di antara UiTM Cawangan Pahang dan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang pada 14 Disember 2020.

YBhg Profesor Ts Dr Mohd Ilham Adenan , Rektor UiTM Cawangan Pahang dan YBhg Ir. Hafizah Zakaria, Pengarah JKR Negeri Pahang telah menandatangani Surat Perjanjian Persefahaman ini.Turut bersama YBrs Dr Badli Esham Ahmad , Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri dan YBrs Sr. Mohd Razmi Zainudin , Ketua Pusat Pengajian Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang.

Skop kolaborasi antara UiTM Caw. Pahang melalui Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang termasuk dan tidak terhad kepada penglibatan pensyarah dari FKA dalam projek binaan JKR Negeri Pahang seperti merekabentuk dan penyeliaan; latihan dan perkongsian pengetahuan serta penyelidikan dan penerbitan.

Skop kerjasama turut melibatkan program pembangunan pelajar seperti lawatan dan syarahan teknikal dan penempatan latihan industri. Semoga kerjasama yang terjalin ini bakal membuka lebih banyak ruang dalam memberi nilai tambah kepada kedua belah pihak, insyaAllah.