Syabas & Tahniah kepada Pensyarah UiTM Cawangan Pahang telah memenangi Anugerah Best Cybersecurity Breakthrough Paper Award di ICCEAS 2021

Image
Syabas & Tahniah 

Penulisan bertajuk “MAPE-K Approach handling Cyber Security Aging Issues in Laravel Framework” telah memenangi Anugerah Best Cybersecurity Breakthrough Paper Award di International Conference on Computing, Engineering and Applied Sciences (ICCEAS) 2021 anjuran Universiti Malaysia Perlis pada 12 & 13 Julai 2021.

Penulisan ini dihasilkan oleh dua pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Pahang (FSKM Uitm Pahang) iaitu Dr. Ahmad Kamal bin Ramli dan Encik Muhd Eizan Shafiq Abdul Aziz (Eizan Aziz)

Warga fakulti dan kampus amat berbangga atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada warga kampus yang lain.