PROGRAM GOTONG-ROYONG PEJABAT (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM - EKSA)

Sukacita dimaklumkan UiTM Cawangan Pahang dalam proses untuk memohon Pensijilan EKSA daripada pihak MAMPU dan juga bersempena Hari Kualiti Sedunia peringkat UiTM, Unit Kualiti  telah merangka beberapa program di peringkat UiTM Cawangan Pahang. Salah satu pengisiannya adalah program gotong royong (EKSA) di setiap bahagian/unit/fakulti. 

3.   Objektif program adalah untuk mewujudkan persekitaran pejabat yang kondusif serta meningkatkan imej korporat UiTM.

4.   Sehubungan itu, semua bahagian/unit/fakulti diminta untuk mengadakan program gotong royong (EKSA) di pejabat masing-masing seperti ketetapan berikut :

            Tarikh     : 18 November 2020 (Rabu)     
            Masa       :  9.00 pagi - 1.00 petang
            Tempat   :  Bahagian/unit masing-masing
            Pakaian  :  Pakaian Sukan


5.   Program gotong royong EKSA lebih memfokuskan kepada kebersihan persekitaran pejabat dan juga pembahagian zon EKSA di bahagian/unit/fakulti masing-masing.
 
Pihak Unit Kualiti tidak menyediakan keperluan untuk gotong royong tersebut kerana kelulusan yang diberikan tanpa menggunakan peruntukan. Panduan perlaksanaan gotong-royong ini akan diberikan dari semasa ke semasa melalui emel.

6.   Semoga program gotong-royong ini dapat mencapai objektif yang telah dinyatakan agar UiTM Cawangan Pahang akan memperolehi Pensijilan EKSA sepertimana yang telah dirancangkan. Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan di dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
 
MOHD. IKHSAN BIN MD. RAUS
Head of Quality Unit
Senior Lecturer
Faculty of Computer and Mathematical Sciences
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Pahang Kampus Jengka
MALAYSIA
+6094602652