HOME: Diploma Pentadbiran Awam

Diploma Pentadbiran Awam (AM110)

E-mail Print PDF

Kursus ini dijalankan secara separuh masa selama enam (6) hingga sembilan (9) semester dan juga sepenuh masa. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan khususnya mereka yang sedang berkhidmat dalam agensi-agensi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan juga dalam badan-badan berkanun. Kursus ini juga sesuai untuk pemegang jawatan tertentu dalam sektor swasta seperti pegawai pentadbir, pegawai personel, pegawai perhubungan perusahaan dan eksekutif pelatih. Lulusan kursus ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sama ada di dalam atau luar negeri dalam bidang seperti pengurusan perniagaan, pentadbiran, sains politik, ekonomi dan undang-undang.

Skop Kursus
Kursus ini meliputi aspek teori kerajaan dan pentadbiran, struktur dan operasi kerajaan serta kaedah pentadbiran dan pengurusan. Ia juga mencakupi bidang-bidang lain seperti ekonomi, perakaunan, undang-undang, perhubungan perusahaan dan statistik/matematik perniagaan. Di samping itu, pelajar-pelajar juga dikehendaki mengambil beberapa mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa tersebut. Pendedahan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam membantu menambah kefahaman mereka mengenai Pengetahuan Islam.

Pengambilan
Dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Mei/Jun dan November/Disember.


Kaedah Pembelajaran
Bagi kursus PLK , kuliah diadakan pada sebelah petang/malam mengikut jumlah kursus yang didaftarkan. Tenaga pengajar terdiri dari pensyarah-pensyarah UiTM sepenuhnya. Bantuan, interaksi, bahan sokongan dan tambahan melalu internet.

Kelayakan Am Masuk
http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kemasukan/pelajar-tempatan

 

Pertanyaan

Ahmad Mazlan B. Ahmad Shamsudin

(Koordinator InED)

UiTM Pahang, Kampus Kuantan

25200 Jalan Bukit Sekilau

Kuantan,Pahang Darul Makmur

Tel: 09-5138143 / 09-5144857/09-5179644

Fax: 09-5142372

Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it